Berita Harian

Malaysia tak berdepan defisit berkembar

Negara dijangka terus nikmati lebihan akaun semasa: Guan Eng

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad dan Ayisy Yusof bhbiz@nstp.com.my

Kerajaan menjangkak­an negara akan terus menikmati lebih akaun semasa negara, sekali gus mengelakka­n Malaysia berdepan defisit berkembar seperti beberapa negara sedang membangun utama lain seperti Turki, Afrika Selatan, Brazil dan Argentina.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata antara sebab ekonomi Malaysia berdaya tahan ialah keadaan akaun semasanya berbanding negara lain yang mengalami defisit berganda.

Katanya, lebihan akaun semasa negara pada tahun lalu berjumlah RM40.3 bilion atau 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan untuk separuh pertama tahun ini, imbangan dagangan sebanyak RM18.9 bilion atau 2.7 peratus daripada KDNK.

SST pacu pertumbuha­n

“Ada pihak bimbang dengan keadaan suku kedua 2018 apabila lebihan akaun semasa lebih rendah, iaitu pada RM3.9 bilion dan imbangan dagangan yang juga rendah pada Ogos lalu, iaitu RM1.6 bilion.

“Namun, lebihan yang rendah ini sebahagian besarnya adalah disebabkan tempoh cuti cukai dari Jun hingga Ogos lalu yang merangsang dan memacu aktiviti import pada Ogos meningkat pada 11.2 peratus untuk tahun ke tahun.

“Dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada September, pertumbuha­n import akan menyederha­na dan meningkatk­an imbangan. Malah, jika dilihat kembali prestasi imbangan dagangan berbanding tahun lalu, bulan Februari tahun ini mencatat prestasi terburuk berbanding Ogos.

“Justeru, kerajaan menjangkak­an lebihan akaun Malaysia akan terus mengalami lebihan pada tahun ini dan negara dilihat tidak akan terjejas dengan masalah defisit berkembar,” katanya ketika menyampaik­an ucapan makan tengah hari sempena Forum Khazanah Megatrends 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Amal perbelanja­an pintar

Dalam pada itu, Guan Eng menjelaska­n yang kerajaan ketika ini bukan melaksanak­an langkah penjimatan, sebaliknya mengamalka­n perbelanja­an pintar dalam bidang tumpuan utama, terutama yang mendorong kepada pertumbuha­n mampan jangka panjang yang meningkatk­an kebajikan rakyat.

Katanya, Malaysia juga tidak akan melaksanak­an pengukuhan fiskal dengan terlalu pantas kerana dikhuatiri menjejaska­n pertumbuha­n ekonomi negara.

“Kita perlu terus mempelbaga­ikan ekonomi. Penyatuan fiskal adalah kaedah kepada kemampanan fiskal. Tetapi kemampanan memerlukan tahap pertumbuha­n ekonomi yang bersesuaia­n.

“Di tengahteng­ah cabaran kepada kewangan awam, kerajaan percaya sektor swasta mesti menjadi peneraju dalam memacu ekonomi ke hadapan.

“Bagaimanap­un, ia tidak bermakna kerajaan tidak boleh memainkan peranannya. Kerajaan komited untuk mewujudkan persekitar­an yang mana sektor swasta boleh berkembang dengan subur,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI / BH] ?? Guan Eng ketika menyampaik­an ucapan sempena Forum Khazanah Megatrends 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
Antara sebab ekonomi Malaysia berdaya tahan ialah keadaan akaun semasanya berbanding negara lain yang mengalami defisit berganda” Lim Guan Eng, Menteri Kewangan
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI / BH] Guan Eng ketika menyampaik­an ucapan sempena Forum Khazanah Megatrends 2018 di Kuala Lumpur, semalam. Antara sebab ekonomi Malaysia berdaya tahan ialah keadaan akaun semasanya berbanding negara lain yang mengalami defisit berganda” Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia