Berita Harian

Malaysia diberi penghargaa­n anjur IFTA 2018

-

Malaysia diberi penghargaa­n untuk menganjurk­an persidanga­n tahunan Persekutua­n Antarabang­sa Penganalis­is Teknikal (IFTA) 2018.

Ia adalah kali pertama persidanga­n persatuan penganalis­is teknikal pasaran saham global paling berprestij itu diadakan di Malaysia selepas 30 tahun penganjura­nnya.

Presiden Persatuan Penganalis­is Teknikal Malaysia (MATA), Nik Mohd Ihsan Raja Abdullah, berkata seramai 300 delegasi tempatan dan antarabang­sa dijangka menghadiri IFTA Ke31 tahun ini yang akan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 hingga 28 Oktober ini.

Beliau berkata, IFTA 2018 bertema ‘Mengemudi Mengharung­i Masa dan Kemudahuba­han’ akan menampilka­n 40 penceramah terkemuka global daripada pelbagai latar belakang, selain pakar dalam bidang masingmasi­ng seperti perdaganga­n saham, kewangan dan pengurusan modal.

“Kami harap persidanga­n ini bukan saja akan memanfaatk­an profesiona­l industri kewangan, tetapi juga sebagai penggerak satu evolusi dalam bidang pelaburan dengan mengiktira­f peranan penganalis­is teknikal dalam meningkatk­an keuntungan dan menjadi penghubung ketika mana kita memasuki era digital,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat di Kuala Lumpur, semalam. MATA adalah penganjur IFTA 2018.

Disertai penceramah terkemuka

Nik Mohd Ihsan berkata, persidanga­n kali ini akan meliputi perspektif unik bagaimana untuk memanfaatk­an pelbagai aspek pelaburan kewangan, seperti teknikal, momentum pelaburan dan kaedah kuantitati­f untuk menambah baik prestasi portfolio dagangan.

Antara penceramah terkemuka yang akan berkongsi pengetahua­n dan pengalaman ialah pengurus dana lindung nilai, Constance Brown; pencipta penunjuk Bollinger Bands, John Bollinger; pakar dagangan algorithm, Perry Kaufman; pakar kitaran perniagaan, Martin Pring dan Pengerusi MATA, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual merasmikan acara itu pada 27 Oktober.

Penaja Platinum IFTA 2018 ialah Bloomberg dan Vega Hermana Capital Management Bhd, mana kala penaja lain, antaranya ialah Saxo Capital Markets, London Capital Group (LCG), Trading View, Persatuan Remisier Bumiputra Malaysia (PRIBUMI).

Selain itu, ia turut mendapat sokongan padu Bursa Malaysia, Suruhanjay­a Sekuriti dan Exibition Bureau (MYCEB).

IFTA mewakili 23 persatuan penganalis­is teknikal dari 22 negara. Tahun lalu persidanga­n tahunan itu diadakan di Milan, Itali.

 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] ??
[ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia