Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah Brent susut lebih satu peratus semalam selepas Washington dilaporkan berkata ia mungkin memberikan pengecuali­an sekatan ke atas eksport minyak Iran bulan depan.

Kejatuhan harga komoditi itu juga disebabkan faktor Arab Saudi yang dikatakan akan menggantik­an sebarang potensi kekurangan bekalan dari Tehran.

Niaga hadapan penanda aras antarabang­sa minyak mentah Brent berada pada AS$83.25 satu tong pada 0115 GMT, susut 91 sen atau 1.1 peratus daripada penutup yang terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermedia­te (WTI) susut 57 sen atau 0.8 peratus kepada AS$73.77 satu tong.

Sekatan AS dijangka di laksanakan ke atas eksport minyak Iran bermula 4 No vember dengan Washing memberi tekanan kepada kerajaan dan syarikat seluruh dunia untuk tidak meng import minyak dari Tehran.

Bagaimanap­un, Jumaat lalu, pegawai Kerajaan AS berkata, negara berkenaan mungkin mempertimb­ang pengecuali­an ke atas negara yang sudah mengurangk­an import minyak Iran.

Dana lindung nilai mengurangk­an kenaikan harga minyak mentah AS minggu terbaru kepada paras terendah dalam tempoh hampir setahun, demikian menurut data yang dikeluarka­n pada Jumaat.

Mengulas mengenai harga minyak mentah, Ketua Pedagang Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata terdapat juga ‘cakapcakap’ Arab Saudi sudah menggan tikan semua ‘kehilangan’ bekalan dari Iran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia