Berita Harian

Kenal pasti potensi diri, pastikan kerjaya diminati

Seminar Didik Rakyat SPM YBR-BH bantu calon raih keputusan cemerlang

- Oleh Basir Zahrom basir_zahrom@bh.com.my

Setiap pelajar perlu mengenal pasti bidang yang mereka minati untuk diceburi sebagai suatu kerjaya pada masa depan supaya apa saja yang dilakukan ketika ini akan dilaksanak­an seperti yang diimpikan.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat (YBR), Muhammad Ammir Haron, berkata pelajar perlu meluangkan masa mengenal diri sendiri dan mengkaji pilihan bidang yang mahu disertai agar mereka tidak berasa terpaksa melakukan sesuatu pekerjaan pada masa akan datang.

“Jika kita minat menjadi guru, tanya cikgu mengapa mereka memilih kerjaya itu dan bagaimana panduan untuk menjadi pendidik berjaya, begitu juga untuk kerjaya lain.

“Apabila melakukan sesuatu yang kita seronok, pastinya kita akan melakukan yang terbaik dan begitu juga dalam pelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Didik Rakyat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) YBR-BH 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Usukan, di sini, baru-baru ini.

Seramai 250 calon SPM di daerah ini menyertai seminar itu yang dianjurkan YBR dengan kerjasama BH.

Raih markah tertinggi

Yang turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Mohd Fadzli Abd Rozan; Pengurus Pentadbira­n dan Pembanguna­n Modal Insan YBR, Mohd Fauzi Md Fadzil; Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kota Belud, Mohd Hassanal Yusuf dan Pengetua SMK Usukan, Masnon Maswan.

Seminar itu dianjurkan bagi membantu calon berkaitan teknik menjawab soalan SPM dengan berkesan dan bagaimana meraih markah tertinggi.

Tahun ini, sebanyak 60 seminar dianjurkan YBR membabitka­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan SPM diadakan di seluruh negara.

Sementara itu, Mohd Fadzil berkata, peserta dari sembilan sekolah sekitar daerah itu beruntung kerana terpilih untuk mengikuti seminar terbabit kerana bukan semua calon mendapat peluang menyertain­ya.

Katanya, usaha yang dilakukan YBR dan BH itu harus diberi pujian dan dicontohi agensi lain dalam usaha meningkatk­an lagi kecemerlan­gan pendidikan di negara ini.

“Bagi membalas jasa pihak yang menganjurk­an program ini, peserta perlu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n SPM nanti,” katanya.

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] ?? Muhammad Ammir (empat dari kiri) bergambar bersama-sama pelajar yang menyertai Seminar Didik Rakyat SPM 2018 di Kota Belud, baru-baru ini.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Muhammad Ammir (empat dari kiri) bergambar bersama-sama pelajar yang menyertai Seminar Didik Rakyat SPM 2018 di Kota Belud, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia