Berita Harian

Sejuta pengguna terputus bekalan air

Penduduk Kuala Langat, Sepang, Petaling, Hulu Langat dijangka alami gangguan tiga hari

- Oleh Norrasyida­h Arshad, Syanty Octavia Amry, Noor Atiqah Sulaiman dan Faliq Lajim cnews@nstp.com.my

Sebanyak 340,000 akaun pengguna air membabitka­n lebih sejuta penduduk di empat daerah di Selangor mengalami gangguan bekalan air selama tiga hari, berikutan kerja penggantia­n perkakasan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, bermula hari ini.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, penduduk yang terjejas adalah di daerah Kuala Langat (58,000), Sepang (86,000), Petaling (132,000) dan Hulu Langat (64,000).

Ketua Jabatan Perhubunga­n Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad, berkata kerja penggantia­n perkakasan di LRA Sungai Selangor mengambil masa 12 jam untuk disiapkan.

Henti tugas loji sepenuhnya

Beliau berkata, kerja berkenaan menyebabka­n tugas loji diberhenti­kan sepenuhnya, sekali gus mengakibat­kan beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air selama tiga hari.

Katanya, selepas kerja penggantia­n peralatan siap dan loji beroperasi semula, proses meningkatk­an paras kolam terbabit, tekanan dan aliran pada sistem agihan akan berlangsun­g bagi proses pemulihan berperingk­at.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan terbabit berbeza dan bergantung kepada lokasi geografi serta ketinggian premis,” katanya.

Abdul Raof berkata, Air Selangor akan mengambil segala usaha untuk mempercepa­tkan kerja penggantia­n peralatan dan pemulihan bekalan.

“Lapan Pusat Khidmat Setempat (PKS) diaktifkan 24 jam bermula jam 9 pagi esok (hari ini), bagi sebarang pertanyaan pelanggan dan bantuan bekalan air kecemasan,” katanya.

Pelanggan juga dinasihat mendapatka­n maklumat terkini mengenai status bekalan air dengan menyemak semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor, termasuk laman web www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

Orang ramai buat persiapan

Sementara itu, tinjauan mendapati orang ramai di kawasan terjejas sibuk membuat persiapan terakhir bagi menghadapi gangguan bekalan air.

Kebanyakan penduduk sudah membeli tong besar bagi menyimpan bekalan air sebaik sahaja menerima notis gangguan bekalan dari SYABAS, baru-baru ini.

Tong air dijual pada harga antara RM45 hingga RM60, bergantung kepada saiz.

Contohnya, tong bersaiz 120 liter berharga RM45, manakala 200 liter, RM60.

Selain itu, mereka turut membeli air minuman dalam kuantiti yang banyak.

Pengusaha gerai makanan, Mohd Annas Salim, 30, berkata bekalan air terputus sedikit sebanyak akan mengganggu operasi perniagaan­nya.

“Saya membeli pelbagai bekas untuk menyimpan air dan diharapkan SYABAS dapat menyediaka­n lori tangki air dengan banyak, supaya kami tidak terputus bekalan air bersih.

“Jika terputus bekalan air bersih, mungkin saya terpaksa menutup gerai hingga bekalan pulih,” katanya.

Pengguna, Noor Atika Abu Bakar, 25, berkata dia menerima notis awal yang disebarkan melalui Whatsapp, selain notis yang ditampal di pangsapuri.

“Saya sudah membuat persiapan awal menyimpan air yang dijangka mencukupi selama tiga hari ini,” katanya.

 ?? [FOTO FALIQ LAJIM /BH] ?? Seorang penduduk membeli air bagi menghadapi gangguan bekalan bermula hari ini.
[FOTO FALIQ LAJIM /BH] Seorang penduduk membeli air bagi menghadapi gangguan bekalan bermula hari ini.
 ?? [FOTO FAIZ ANUAR /BH] ?? Pekerja kedai menyusun tong kosong yang dijual di Kuala Langat.
[FOTO FAIZ ANUAR /BH] Pekerja kedai menyusun tong kosong yang dijual di Kuala Langat.
 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] ?? Pengusaha restoran menyimpan bekalan air sebagai persiapan di Taman Puncak Jalil.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] Pengusaha restoran menyimpan bekalan air sebagai persiapan di Taman Puncak Jalil.
 ??  ?? Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan terbabit berbeza dan bergantung kepada lokasi geografi serta ketinggian premis” Abdul Raof Ahmad,
Ketua Jabatan Perhubunga­n Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor
Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan terbabit berbeza dan bergantung kepada lokasi geografi serta ketinggian premis” Abdul Raof Ahmad, Ketua Jabatan Perhubunga­n Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor
 ??  ?? Saya sudah membuat persiapan awal menyimpan air yang dijangka mencukupi selama tiga hari ini” Noor Atika Abu Bakar, Pengguna
Saya sudah membuat persiapan awal menyimpan air yang dijangka mencukupi selama tiga hari ini” Noor Atika Abu Bakar, Pengguna
 ??  ?? Ramalia Mohamad melipat pakaian yang dibasuh di dobi di Taman Puncak Jalil, baru-baru ini.
Ramalia Mohamad melipat pakaian yang dibasuh di dobi di Taman Puncak Jalil, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia