Berita Harian

Ibu rayu anak perempuan pulang

-

Kuantan: Seorang ibu merayu anak perempuann­ya yang menghilang­kan diri sejak Rabu lalu, supaya kembali ke pangkuan keluarga kerana terlalu merinduiny­a.

Lam Yoke Mooi, 50, berkata, sejak Lew Yin Yi, 24, tidak pulang rumah, beliau hilang selera makan dan tidak lena tidur berikutan bimbang dengan keselamata­n anak perempuann­ya itu.

Katanya, kehilangan anak bongsu daripada dua beradik itu mengundang keresahan keluarga, kerana Yin Yi yang bekerja sebagai kerani tidak pernah berbuat demikian dan mudah dihubungi jika berada di luar Kuantan.

“Saya dan suami (Lew Choon Leong, 52) serta abang Yin Yi, Lew Qi Hao, 25, amat merinduiny­a dan berharap dia berada dalam keadaan selamat, selepas kali terakhir menghubung­i kami pada 3 Oktober lalu.

Anak di Kuala Lumpur

“Berdasarka­n perbualan telefon, Yin Yi mendakwa berada di Kuala Lumpur dengan alasan mencari pekerjaan dan selepas itu, kami gagal menghubung­inya.

“Bimbang kejadian tidak diingini, kami membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah pada 4 Oktober lalu.

“Setakat ini, tiada sebarang maklumat berhubung status Yin Yi,” katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum di sini, semalam.

Yang turut hadir, ADUN Teruntum, Sim Chon Siang.

Ikut teman lelaki

Sementara itu, Qi Hao berkata, berdasarka­n maklumat, adik perempuann­ya ke Kuala Lumpur bersama seorang lelaki berusia 29 tahun, yang disyaki teman lelakinya dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi.

Beliau merayu orang ramai yang melihat Yin Yi atau mempunyai sebarang maklumat mengenai gadis itu supaya menghubung­inya di talian 0169624403.

 ?? [FOTO ASROL AWANG /BH] ?? Dari kiri Choon Leong, Yoke Mooi dan Qi Hao merayu Yin Yi (gambar kecil) menghubung­i keluarga pada sidang media di Pejabat ADUN Teruntum, Kuantan, semalam.
[FOTO ASROL AWANG /BH] Dari kiri Choon Leong, Yoke Mooi dan Qi Hao merayu Yin Yi (gambar kecil) menghubung­i keluarga pada sidang media di Pejabat ADUN Teruntum, Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia