Berita Harian

‘Kalau silap tegurlah’

Mengaku masih seperti duhulu, Wany Hasrita anggap trofi Bintang Paling Popular amanat besar peminat

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my

Sejarah tercipta lagi di pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Ahad lalu, sebaik Wany Hasrita diumumkan sebagai Bintang Paling Popular.

Kejayaan penyanyi lagu

itu memecahkan dominasi pelakon yang selama sembilan tahun memonopoli gelaran paling tinggi dalam majlis pengiktira­fan berprestij bersandark­an 100 peratus undian peminat itu.

Istimewany­a, kemenangan yang dilakar gadis tinggi lampai pada usia 26 tahun ini seakan menyambung legasi penghibur senior, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kali terakhir menggengga­m trofi berkenaan pada ABPBH Ke-22.

Tidak mampu menyembuny­ikan rasa teruja dan gementar yang bertandang serentak, Wany berharap kemenangan itu tidak membuatkan dirinya cepat leka hingga lupa diri atau terbuai kemasyhura­n.

Perasaan bercampur baur

“Saya baru tahu anugerah ini kembali kepada penyanyi selepas sembilan tahun dimonopoli pelakon. Rasa gembira dan takut bersilih ganti kerana gelaran ini suatu amanat besar peminat.

“Diberi kepercayaa­n ketika saya masih setahun jagung di arena ini, saya anggap suatu tanggungja­wab besar. Bukan mudah untuk penyanyi yang baharu tiga tahun dalam industri seni dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular,” katanya kepada

Akui Wany, semua calon lain berpotensi besar namun sudah rezekinya, trofi itu menjadi hak milik dirinya.

“Hanya syukur yang mampu saya ucapkan selain terima kasih kepada mereka yang sentiasa ada di belakang.

“Andai saya terkhilaf, tegurlah. Apa pun, saya tetap Wany Hasrita yang dahulu. Namun, saya semakin bersemanga­t dalam memacu kerjaya seni,” katanya ditemui selepas menerima trofi berkenaan.

Selain anugerah tertinggi dengan undian sebanyak 2,052,997, pelantun lagu Menahan

Rindu itu memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular menewaskan Siti Nordiana, Nur Fazura, Stacy dan Ara Johari.

Kemenangan yang diraih melayakkan Wany membawa pulang hadiah kereta Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 dan trofi.

Tampil berseri dengan busana hitam berkilau, kongsi Wany, melihat kelompok calon tersenarai membuatkan dirinya enggan menaruh harapan.

Apatah lagi tahun lalu, pada anugerah sama, dia pulang dengan tangan kosong hingga terdetik kesedihan kerana tidak dapat membuatkan ibu dan peminat, bangga.

Seperti dinasihatk­an ibu tercinta, Norita Jaafar, 48, yang menjadi tempatnya meluah rasa, Wany hadir ke majlis dengan hati terbuka tanpa memikirkan soal ganjaran.

Pernah berkhayal menang

Tambahnya, paling utama adalah menghargai BH selaku penganjur, bertemu teman seperjuang­an dalam industri dan memeriahka­n anugerah berprestij ini bersama peminat.

“Ketika datang tadi, saya hanya ingin berseronok, jumpa kawankawan dalam industri hiburan dan meraikan kemeriahan majlis anugerah anjuran BH ini bersama peminat yang menyokong kerjaya saya.

“Memang, ketika zaman belajar dahulu, saya selalu berangan kalau saya diangkat sebagai Bintang Paling Popular tentu ia sesuatu yang membanggak­an. Namun, tak sangka angan-angan menjadi realiti.

“Sebagai pemerhati industri seni, ABPBH antara anugerah yang saya sentiasa ikuti. Saya tidak sangka berdiri di pentas gah itu tadi untuk berucap,” katanya yang mengaku masih lagi terasa seperti bermimpi.

Dalam kesyukuran yang tidak henti diucapkan, jauh di sudut hati pemilik nama sebenar, Nurshazwan­y Hasrita Hasbullah ini berharap anugerah diraih menjadikan dirinya insan lebih baik.

Memahami ada segelintir yang masih meragui bakat dan vokalnya, segala andaian negatif cuba diatasi melalui kerja keras sejak mula melangkahk­an kaki ke arena muzik perdana.

“Bukan sedikit keringat dan air mata mengiringi perjuangan ini. Setiap jatuh bangun tetap saya ingat. Kejayaan tidak mungkin datang bergolek selagi kita enggan berusaha.

“Saya tidak akan berhenti belajar untuk menjadi anak seni yang lebih baik. Ini kerana saya tahu di luar sana ramai yang mendoakan supaya saya tidak mudah patah semangat.

“Walau pun sebelum ini ada yang kata saya tak boleh menyanyi live, perkara itu saya lihat dari sudut positif. Ini bermakna ramai yang mengikuti perkembang­an saya dan mahu diri ini menjadi lebih baik.

“Saya akan buktikan pemilihan atas undian ramai ini sejajar dengan usaha dan doa peminat yang tidak pernah jemu mengiringi kembara penuh berliku ini,” luahnya lagi dalam nada agak beremosi.

Bawa peminat ke zoo

Membuka lagi kisah, bekas penuntut jurusan perubatan di Management & Science University (MSU), Shah Alam, itu pernah berdepan tekanan dan menangis semalaman selepas dihentam teruk.

Namun, akuinya, dia kini semakin matang dan dapat belajar mengawal emosi dan hati ketika berdepan cabaran.

“Saya dikeliling­i individu yang bersikap positif. Aura ini yang menyuntik semangat hingga saya mampu bangkit apatah lagi meraih semula kepercayaa­n ramai.

“Sejak itu, saya nekad tidak akan berhenti menimba ilmu dan berguru dengan mereka yang lebih berpengala­man sebelum beraksi di pentas besar,” katanya tanpa berselindu­ng.

Terbaru, Wany teruja menanti maklum balas peminat terhadap dendangan duet bersama Tajul yang diberi judul Aku Serius, tidak lama lagi.

Menyentuh mengenai penghargaa­n buat penyokong tegar, selain ingin mengadakan kenduri doa selamat, Wany merancang meluangkan masa bersama mereka di Zoo Negara serta melakukan aktiviti menyeronok­kan.

Andai saya terkhilaf, tegurlah. Apa pun, saya tetap Wany Hasrita yang dahulu. Namun, saya semakin bersemanga­t dalam memacu kerjaya seni”

 ??  ?? Menahan Rindu
Menahan Rindu
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Bersama Khai Bahar pada malam kemuncak ABPBH 31.
Bersama Khai Bahar pada malam kemuncak ABPBH 31.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia