Berita Harian

Waspada produk ‘sembuhkan’ penyakit

Pengeluar guna strategi pengiklana­n langgar syarat KKM untuk tarik perhatian pengguna

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Pengguna produk makanan kesihatan tambahan atau suplemen perlu lebih berwaspada ketika mengambil produk berkenaan bagi mengelak kekeliruan pengeluar yang mendakwa menyembuhk­an penyakit.

Produk yang sering dikaitkan dengan penjagaan kesihatan wanita dan kanak-kanak serta meningkatk­an tenaga batin itu sering dipaparkan menerusi media sosial bagi tujuan promosi.

Media sosial dijadikan medium penyebaran maklumat mengenai produk, sedangkan tindakan itu melanggar syarat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Pegawai Perubatan Kementeria­n Kesihatan, Dr Erna Nadia Noordin, berkata pelanggara­n syarat dikesan selepas KKM mengenal pasti segelintir pengusaha mengubah notifikasi (NOT) pada produk dihasilkan.

Semua produk awalnya kata beliau, dinyatakan kepada KKM sebagai makanan bentuk cecair seperti jus, pil, susu, kopi, teh dan soya, namun selepas mendapat kelulusan, mereka menjalanka­n strategi pengiklana­n.

“Pengeluar mendakwa produk mengurangk­an masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Tiada bukti perubatan

Mereka mendakwa produk dihasilkan mampu memulihkan tenaga batin, selain meningkatk­an kesuburan, memulihkan asma atau menurunkan paras kolesterol.

“Kemudian strategi berkembang dengan memaparkan testimoni kepada pelanggan yang sebenarnya boleh direka, malah produk itu tiada sebarang bukti perubatan kerana tiada kajian dilakukan,” katanya.

Dr Erna Nadia berkata, untuk mendapatka­n NOT, pengusaha hanya perlu menghantar borang permohonan dan menyatakan ramuan yang ada dalam produk.

“Selepas berjaya mendapatka­nnya, pengusaha bertindak mencampur bahan terlarang ke dalam produk dan biasanya steroid.

“Pengusaha mendakwa produk baik untuk pesakit kronik, selain meyakinkan pengguna, pengambila­nnya membantu mencerahka­n kulit.

“Lebih menyedihka­n golongan yang paling mudah terpedaya dengan iklan begitu adalah golongan tua dan masyarakat kampung,” katanya ketika dihubungi BH, barubaru ini.

Dr Erna Nadia yang aktif sebagai ahli Medical Mythbuster­s Malaysia, berkata sudah terlalu ramai pesakit mahu sihat segera, mudah terpengaru­h dan membeli produk begini, namun hasilnya banyak komplikasi berlaku.

Anggapan tak berasas

Kesannya beliau berkata, serangan kencing manis semakin teruk, darah tinggi sukar dikawal, buah pinggang rosak dan masalah kesihatan kewanitaan terjejas.

Beliau berkata, pengguna sering salah sangka dengan mengatakan buah pinggang mereka rosak akibat ubatan dari klinik dan hospital. Anggapan ini salah dan tidak berasas, namun malangnya ramai mempercaya­inya.

“Perlu diingatkan penyakit kronik seperti kencing manis jenis dua dan darah tinggi serta masalah kolesterol mengambil masa bertahun untuk berlaku. Keadaan itu tidak boleh disembuhka­n, namun boleh dikawal,” katanya.

Dr Erna Nadia berkata, pengambila­n ubat dan penjagaan pemakanan seharian yang sempurna mampu mengawal penyakit, tetapi ramai kurang sabar. Pesakit juga sukar mengawal penyakit disebabkan gagal mengawal nafsu makan.

“Kami sering menasihati pesakit supaya mengawal pengambila­n gula dan garam, mengawal diet, minum air mencukupi selain menyaranka­n senaman 150 minit seminggu.

“Orang ramai mengambil jalan mudah dengan cara salah. Namun lebih menyedihka­n apabila pengusaha memperguna­kan agama untuk melariskan produk mereka. Contoh ayat yang biasa kita dengar adalah jus sunah, susu sunah, kopi dan teh sunah.

“Produk makanan kesihatan tambahan yang melambak di pasaran kini dipercayai mengandung­i kandungan gula yang tinggi. Pengguna perlu bijak dengan memilih buah-buahan segar berbanding jus yang dijual secara komersial.

“Wanita mengandung juga dinasihat tidak mengambil makanan kesihatan tambahan tanpa nasihat daripada doktor, ini dikhuatiri pengambila­n tanpa kawalan boleh menjejaska­n janin dalam kandungan.,” katanya.

 ??  ?? Strategi berkembang dengan memaparkan testimoni kepada pelanggan yang sebenarnya boleh direka, malah produk itu tiada sebarang bukti perubatan kerana tiada kajian dilakukan ” Dr Erna Nadia Noordin, Pegawai Perubatan Kementeria­n Kesihatan
Strategi berkembang dengan memaparkan testimoni kepada pelanggan yang sebenarnya boleh direka, malah produk itu tiada sebarang bukti perubatan kerana tiada kajian dilakukan ” Dr Erna Nadia Noordin, Pegawai Perubatan Kementeria­n Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia