Berita Harian

Beli aiskrim boleh miliki beg Mimpikita

-

Kuala Lumpur: Impian menghasilk­an produk menerusi jenama tempatan Mimpikita diperluask­an dengan mengilhamk­an dua lagi rekaan rekaan kreatif bagi memenuhi keperluan wanita.

Dua rekaan terkini beg dihasilkan menerusi kerjasama dengan pengeluar aiskrim jenama terkemuka Nestle menerusi rekaan Zara dan Jasmine.

Zara menampilka­n rekaan geometri warna cerah sesuai untuk wanita berani menongkah arus. Rekaan Jasmine pula lebih lembut, manakala warna pastel pula sesuai dengan gaya feminin.

Beg jenama tempatan

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream, Teo Heng Keat, berkata pihaknya gembira dapat meraikan wanita dan penggemar aiskrim menerusi pengenalan rekaan baharu beg jenama tempatan.

Pengasas dan Pengarah Pengurusan Mimpikita, Nurul Zulkifli menyatakan jenama mereka melambangk­an nilai teras yang ada dalam diri setiap wanita.

“Kami menampilka­n rekaan praktikal, selain menyelitka­n unsur tradisiona­l menggunaka­n fabrik perincian mewah dan unik. Rekaan memberi sentuhan moden, namun tetap halus, seperti seorang wanita.

Keluaran terhad

“Kami mahu rekaan ini menjadi simbol keyakinan, keberanian untuk mengambil risiko dan lembut,” katanya.

Beg keluaran terhad ini boleh didapati pada acara jelajah Nestlé terpilih di seluruh negara dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2018 dengan pembelian produk aiskrim Nestle bernilai minimum RM25.

 ??  ?? Beg keluaran terhad daripada Mimpikita dengan pembelian aiskrim Nestle.
Beg keluaran terhad daripada Mimpikita dengan pembelian aiskrim Nestle.
 ??  ?? Kami menampilka­n rekaan praktikal, selain menyelitka­n unsur tradisiona­l menggunaka­n fabrik perincian mewah dan unik. Rekaan memberi sentuhan moden, namun tetap halus, seperti wanita” Nurul Zulkifli, Pengasas dan Pengarah Pengurusan Mimpikita
Kami menampilka­n rekaan praktikal, selain menyelitka­n unsur tradisiona­l menggunaka­n fabrik perincian mewah dan unik. Rekaan memberi sentuhan moden, namun tetap halus, seperti wanita” Nurul Zulkifli, Pengasas dan Pengarah Pengurusan Mimpikita

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia