Berita Harian

‘Bersahabat’ dengan masjid

-

Memperkasa institusi masjid sebagai pusat komuniti masyarakat Muslim perlu dilakukan secara berterusan selari dengan perintah Allah SWT seperti terkandung dalam al-quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang yang layak memakmurka­n (menghidupk­an) masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk.” (At-taubah: 18)

Ia diibaratka­n kita ‘bersahabat’ dengan masjid, bahkan seruan ini bertepatan dengan galakan Rasulullah SAW supaya Muslim beribadah seperti solat berjemaah di masjid dan sentiasa bersilatur­ahim dengan komuniti.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhn­ya syaitan itu serigala terhadap manusia. Sama seperti serigala menerkam kambing yang suka menjauh dan menyisih-nyisih. Oleh itu, janganlah kamu sesekali menempuh jalan bersendiri­an, hendaklah kamu berjemaah serta berkumpul dengan orang yang banyak serta ke masjid.” (HR Ahmad)

Solat berjemaah, berkhidmat di masjid

Dalam tafsir Al-azhar, Hamka ada menghuraik­an dalam memakmurka­n masjid, ia boleh dilakukan dengan melaksanak­an amalan baik seperti menghidupk­an solat berjemaah, berkhidmat kepada rumah Allah SWT, termasuk memperbaik­i sekiranya ada bahagian yang mengalami kerosakan.

Kita juga perlu menderma mengikut kemampuan bagi mengukuhka­n kewangan masjid.

Umat Islam juga disarankan menggunaka­n keupayaan fizikal untuk memelihara kebersihan masjid dan sentiasa memastikan­nya terpelihar­a daripada kotoran supaya memudahkan jemaah beribadah dengan selesa.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu lihat seseorang lelaki yang berulang-alik ke masjid, maka saksikanla­h bahawa orang itu mencapai iman. (HR Ahmad dan Tirmizi)

Justeru, antara tanda orang yang beriman ialah mereka yang sentiasa menghabisk­an masa di masjid, bahkan sedaya upaya untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Ia juga petunjuk kecemerlan­gan hidup seseorang Muslim itu, apabila dia berjaya menjalanka­n tanggungja­wab harian dengan baik, bahkan pada masa sama tidak melupakan peranan sebagai khalifah di bumi Allah SWT dalam ibadah, perbuatan dan amalannya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Berkhidmat membersihk­an masjid antara amalan baik memakmurka­n rumah Allah.
[FOTO HIASAN] Berkhidmat membersihk­an masjid antara amalan baik memakmurka­n rumah Allah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia