Berita Harian

Penulis muda kurang agresif, kritis suarakan pandangan

Forum Canai Bahasa nafi dakwaan, perlu dilihat daripada pelbagai sudut

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin mohdaizat@bh.com.my

Benarkah penulis muda di negara ini kurang agresif dan tidak berani menyuaraka­n pandangan kritis, terutama dalam politik?

Apatah lagi perubahan politik tanah air mendorong banyak pihak, termasuk dalam dunia sastera, ghairah berbicara mengenai keberanian dan kebebasan menyuaraka­n pandangan.

Novelis dan cerpenis kelahiran Sarawak, Roslan Jomel ketika menjawab persoalan mengenai penulis muda hari ini yang dilihat kurang agresif menganggap hal itu perlu dilihat daripada pelbagai sudut.

Roslan berkata, agresif yang dimaksudka­n bukan dilihat dari segi jumlah karya dihasilkan, sebaliknya pembabitan penulis muda dalam menyatakan pandangan dalam penulisan mengenai sesuatu isu semasa, termasuk dunia politik.

“Jika dahuulu, kita mempunyai ramai sasterawan seperti Sasterawan Negara (SN), Datuk Usman Awang; Datuk Shahnon Ahmad dan Datuk Seri A Samad Said yang berani menulis serta menyatakan pendirian mereka dalam politik.

“Pada masa kini, saya berasakan penulis muda juga ada yang turut ke depan dan berani menulis cuma mungkin kurang diberi perhatian,” katanya pada Forum Canai Bahasa dan Sastera berjudul Citra Karya Penulis Muda di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.

Roslan berkata, kebanyakan penulis muda juga mempunyai kerjaya lain hingga mungkin bimbang sikap yang terlalu lantang dalam menyatakan pandangan politik boleh menjejaska­n kerjaya mereka.

“Namun, dalam konteks menyelitka­n pandangan berkaitan isu semasa dalam tulisan, bagi saya ramai yang melakukan, namun mungkin kurang kritis berbanding penulis terdahulu,” katanya pada forum yang dipengerus­ikan Ketua Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka, Saifulliza­n Yahaya.

Menyentuh kebanjiran karya indie, Roslan mengakui pasaran yang diwujudkan oleh syarikat penerbitan melahirkan ramai penulis muda.

Ekspresi penulisan tanpa kongkongan

Malah ia membuka peluang lebih besar kepada anak muda untuk mengekspre­si penulisan mereka tanpa kongkongan, antaranya berkaitan isu bahasa.

“Saya fikir, karya ini wujud disebabkan penulis yang memberonta­k dengan karya dihasilkan oleh penerbit arus perdana.

“Jadi mereka cuba untuk mengekspre­si penulisan mereka tanpa dikongkong. Mereka cuba membina landskap sastera tersendiri.

“Malah saya berfikir, sekiranya karya itu ditulis dengan baik, ia mampu mengangkat citra sastera Malaysia,” katanya.

Bagaimanap­un beliau berkata, soal kualiti masih perlu diberi perhatian, terutama apabila mahu membawa karya mereka ke peringkat lebih tinggi termasuk pasaran luar negara untuk memastikan­nya setanding dengan pengarang antarabang­sa lain.

Bukan hak penulis tentu kualiti karya

Sementara itu, novelis dan cerpenis kelahiran Sabah, Ruhaini Matdarin, berkata bukan hak penulis untuk menentukan kualiti sesebuah karya dihasilkan sebaliknya penerbit dan pembaca yang akhirnya akan membuat penilaian.

“Tujuan menulis tentu sekali mahu karya itu diterbitka­n dan disebarkan. Ketika menulis, saya terpaksa meletakkan beberapa halangan kecil kerana merasakan ada kekangan tertentu, sekali gus menjadikan saya tidak begitu bebas untuk berekspres­i.

“Pertama, saya harus berfikir ke mana karya ini akan dihantar untuk diterbitka­n.

“Jadi saya perlu memahami tatacara dan prosedur penerbitan, sebelum mengambil kira sasaran pembaca untuk saya menentukan gaya serta laras bahasa yang ingin digunakan,” katanya.

Ruhaini berkata, beliau juga ingin melihat arah tuju karyanya bukan saja pada masa sekarang, bahkan dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Saya ingin tahu sama ada masih diterima atau sudah terkubur. Ini menyebabka­n ketika menulis, kita bukan saja perlu mengikut arus semasa tapi juga berfikir untuk jangka masa yang panjang bagi memastikan karya itu boleh diangkat menjadi malar segar,” katanya.

Namun Ruhaini mengakui untuk menjadikan karya itu terus diterima dalam jangka masa yang panjang bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan rangsangan penulisan yang lebih matang.

“Semakin mendalam pembacaan, di situ menjadi rangsangan untuk menjadi penulis yang lebih matang. Penting bagi seseorang penulis untuk membuat pembacaan apa saja bahan bacaan.

“Malah melalui pembacaan jugalah yang dapat memupuk seseorang dalam bidang ini,” katanya.

 ??  ?? Roslan (kiri) bersama Saifulliza­n dan Ruhaini (kanan) pada Forum Canai Bahasa dan Sastera berjudul Citra Karya Penulis Muda di DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada masa kini, saya berasakan penulis muda juga ada yang turut ke depan dan berani menulis cuma mungkin kurang diberi perhatian” Roslan Jomel, Novelis dan cerpenis
Roslan (kiri) bersama Saifulliza­n dan Ruhaini (kanan) pada Forum Canai Bahasa dan Sastera berjudul Citra Karya Penulis Muda di DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pada masa kini, saya berasakan penulis muda juga ada yang turut ke depan dan berani menulis cuma mungkin kurang diberi perhatian” Roslan Jomel, Novelis dan cerpenis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia