Berita Harian

Menunggu janji guru dikecuali ‘jadi’ kerani

- Kheru Khek Segambut Luar, Kuala Lumpur

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilaporkan memberi jaminan pendidik di seluruh negara bakal dikecualik­an daripada beban tugas perkerania­n selewat-lewatnya pada Januari depan.

Inisiatif itu antara usaha pihaknya bagi memperkasa profesyen guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas bagi mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang.

Sebenarnya, jaminan pendidik di seluruh negara akan dikecualik­an daripada beban tugas perkerania­n memang sudah lama diperkatak­an.

Walaupun menteri dan ketua pengarah silih berganti, tugas pentadbira­n am, pengurusan personal, perkhidmat­an kaunter dan pemprosesa­n, pengumpula­n data dan maklumat, pengendali­an peralatan, perhubunga­n/komunikasi, pengurusan personel, penguruset­iaan, pengurusan rekod, pengurusan kewangan dan pengurusan fail masih terbeban kepada guru.

Paling kerap kumpulan pendidik terpaksa hadapi adalah menaip dan menyediaka­n dokumen rasmi yang diarah dalam masa ditetapkan seperti program piawaian penarafan antarabang­sa (ISO), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Yang menjadi kebanggaan bagi sesetengah pegawai perkhidmat­an pendidikan yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dan bergred DG52 atau DG54 adalah menjadi ‘pencatat minit mesyuarat’.

Mereka yang juga bersedia dan tidak sanggup mengingkar­i arahan pengarah, ketua jabatan biasanya akan diberi ‘Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang’ walaupun menganggot­ai Jawatankua­sa Buku Laporan Tahunan yang hanya menyediaka­n dan menukarkan jadual takwim persekolah­an, manakala perkara lain hanya diperkemas­kan.

Pada pandangan saya, pegawai di Kementeria­n Pendidikan sendiri kini terbabit dengan tugas perkerania­n yang lebih berbentuk ‘pentadbira­n’. Jadi rasanya, tugas guru dan pendidik sendiri memang hadir dalam perkerania­n dan pentadbira­n, eloknya ‘mentadbir’lah dengan baik.

Pendidik tanpa ‘pena atau pensel’ dan kertas umpama seumpama mereka yang tidak tahu menggunaka­n peralatan perkompute­ran atau teknologi maklumat dan ini akan menggagalk­an hasrat program Pendidikan Abad Ke-21.

Kemudahan tak cukup

Cuma kemudahan yang sedia ada tidak mencukupi atau tidak memenuhi kehendak yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajar­an serta pemudahcar­aan.

Memang terdapat ‘pembantu guru’ di sekolah, tetapi jika hanya seorang atau dua di setiap sekolah dan hanya ditempatka­n untuk program sekolah tertentu, ia tidak memberi harapan yang memuaskan dan diharapkan. Nisbah sedia ada memang tidak membantu dalam urusan perkerania­n.

Memang terdapat ‘pembantu pensyarah atau guru’, tetapi hanya untuk mereka yang tertentu. Ada juga di institusi tertentu, terdapat pendidik yang ditugaskan sebagai ‘pegawai pengurusan’, maka elok mereka saja diberikan tanggungja­wab dan membantu dalam tugasan serta isu yang diperkatak­an kerana mereka memohon jawatan terbabit.

Mungkin dengan menambah jawatan perkerania­n dapat membantu institusi walaupun kerajaan terpaksa menyediaka­n kos tambahan untuk tujuan murni ini. Penambahba­ikan atau pembetulan semula dalam menyenarai­kan tugas dan tanggungja­wab jawatan adalah penting dan perlu bagi mencerahka­n kekusutan yang sedang berlaku.

Dalam bidang pendidikan, pendidik memang terpaksa bersama ‘pen dan kertas’, pendidik juga berhubung dan berurusan terus dengan ‘pelanggan’ yang dimaksudka­n. Pen dan kertas akan dijadikan bukti untuk ‘pentaksira­n’.

Tekanan berlaku dan dirasakan jika pihak pengurusan dan pentadbira­n sering menukar ‘perancanga­n’ yang telah dipersetuj­ui bersama. Kekalutan berlaku terutama jika ‘pihak berkepenti­ngan’ tidak tegas dengan keputusan yang ditetapkan.

Hak ‘autonomi’ pendidik juga harus diberi perhatian, pengurusan masa bagi pendidik harus dihormati, berlaku adil dan saksama tanpa ‘kronisme’ memang dituntut.

Hormatilah mereka (pendidik) yang sedang berusaha bersama untuk kejayaan institusi dan organisasi. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaik­an jika pihak pengurusan dan pentadbira­n sendiri bersikap ‘Bersih, Cekap dan Amanah’.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pengecuali­an tugas perkerania­n membolehka­n guru menumpu kepada proses pengajaran dan pembelajar­an.
[FOTO HIASAN] Pengecuali­an tugas perkerania­n membolehka­n guru menumpu kepada proses pengajaran dan pembelajar­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia