Berita Harian

WARTAWAN BULGARIA

Kena rogol, bunuh

-

Sofia: Seorang wartawan penyiaran diperkosa dan dibunuh di utara bandar Ruse, Bulgaria kata pendakwa dan menteri, kelmarin.

Mayat Viktoria Marinova, 30, ditemui Sabtu lalu berhampira­n satu kawasan riadah di Danube, Ruse, menurut pendakwa, Georgy Georgiev.

Kematianny­a disebabkan oleh hentakan di kepala serta dipercayai berlaku pada siang hari, tambahnya.

“Telefon mudah alih, kunci kereta, cermin mata dan sebahagian pakaian mangsa didapati hilang,” kata Georgiev sambil menambah pihak pendakwa sedang meneliti semua kemungkina­n, peribadi mahupun berkaitan kerjaya Marinova.

Menteri Dalam Negeri, Mladen Marinov kemudian mengesahka­n kepada wartawan bahawa mangsa turut diperkosa.

Marinova mengendali­kan sebuah program bual bicara hal ehwal semasa dikenali sebagai ‘Detector’ untuk sebuah stesen televisyen swasta kecil, TVN di Ruse. Program ini dilancarka­n semula baru-baru ini.

Episod pertama pada 30 September lalu memaparkan wawancara bersama wartawan penyiasata­n, Dimitar Stoyanov dari laman web Bivol.bg dan Attila Biro dari Rise Project Romania.

Ia adalah mengenai siasatan dakwaan penipuan membabitka­n dana Kesatuan Eropah (EU) yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dan ahli politik ternama.

Pasangan itu ditahan pihak polis ketika cuba menghentik­an proses memusnahka­n dokumen yang dikaitkan dengan skim berkenaan. Ia sekali gus mengundang kecaman Wartawan Tanpa Sempadan (RSF).

“Kami amat terkejut. Setakat ini kami tidak pernah menerima sebarang bentuk ancaman yang menyasarka­n diri beliau mahupun stesen televisyen,” kata seorang wartawan TVN yang tidak mahu dikenali.

Kami amat terkejut. Setakat ini kami tidak pernah menerima sebarang bentuk ancaman yang menyasarka­n diri beliau mahupun stesen televisyen” Wartawan TVN

 ??  ??
 ??  ?? Viktoria Marinova
Viktoria Marinova

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia