Berita Harian

Presiden INTERPOL disiasat isu rasuah

Isteri dakwa Hongwei hilang selepas pulang ke China

-

Presiden Polis Antarabang­sa (INTERPOL) dilapor meletakkan jawatan, susulan pengumuman oleh Beijing bahawa beliau kini sedang disiasat kerana melanggar undang-undang tempatan.

Kerajaan China masih membisu mengenai nasib yang menimpa Meng Hongwei, sebaik sahaja pihak berkuasa Perancis melaporkan kehilangan­nya selepas meninggalk­an negara itu, bulan lalu.

Hongwei pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Keselamata­n Awam China.

Insiden kehilangan Hongwei dijangka mampu menjejaska­n usaha Beijing untuk meraih kedudukan dalam beberapa pertubuhan antarabang­sa.

Menurut penganalis­is, kes terbabit juga dianggap satu cabaran kepada INTERPOL yang berpangkal­an di Perancis, iaitu agensi antarabang­sa berperanan mengesan individu yang hilang.

Bimbang keselamata­n suami

Sementara itu, isteri Hongwei, Grace ketika ditemui di Lyon, iaitu lokasi ibu pejabat INTERPOL, menyatakan kebimbanga­n mengenai keselamata­n suaminya, selepas menerima pesanan teks bersama emoji pisau.

Namun, Suruhanjay­a Pengawasan Kebangsaan China yang mengendali­kan kes rasuah membabitka­n kakitangan awam, memecahkan kebuntuan apabila mengeluark­an kenyataan bahawa Hongwei sedang disiasat kerana disyaki melanggar undang-undang.

Tidak lama kemudian, INTERPOL mengumumka­n bahawa mereka sudah menerima surat peletakan jawatan daripada Hongwei dan ia berkuat kuasa serta-merta.

Berita mengenai Hongwei, warga China pertama yang dilantik sebagai Presiden INTERPOL, kali terakhir diketahui pada 25 September ketika beliau meninggalk­an Lyon.

Beliau dilantik ke jawatan itu pada 2016, walaupun mendapat bantahan daripada kumpulan hak asasi manusia dan menetap di Perancis bersama isteri serta dua anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia