Berita Harian

Telan cincin berlian RM162,737

Imbasan X-ray sahkan penemuan dalam perut pencuri

-

Seorang pelancong Ireland ditangkap dan dimasukkan ke sebuah hospital di Turki selepas cuba mencuri cincin berlian dengan menelan permata berharga £30,000 (RM162,737) itu.

Laporan Mirror Online menyebut, lelaki itu yang dikenali sebagai Ian Campbell dilaporkan datang ke sebuah kedai emas di daerah Marmaris di wilayah Mugla pada 4 Oktober lalu.

Satu rakaman kamera kese- lamatan di kedai emas itu menunjukka­n Campbell, 52, melihat sebentuk cincin berlian sebelum dia tiba-tiba bergegas keluar dari premis berkenaan.

Seorang pembantu kedai yang curiga dengan tindakan Campbell segera mengunci pintu premis berkenaan bagi mengelak lelaki itu keluar.

Campbell yang panik kemudian memasukkan cincin itu ke dalam mulut sebelum menelannya.

Lelaki itu pada mulanya menafikan dia mencuri cincin berkenaan menyebabka­n pemilik kedai emas menghubung­i polis yang kemudian membawa Campbell ke hospital.

Imbasan X-ray yang dibuat di hospital kemudian mengesahka­n cincin berlian 2.5 karat itu berada di dalam perut Campbell.

Selepas mendapat pengesahan doktor, pendakwa raya mengarahka­n Campbell dita- han di hospital sehingga cincin itu dikeluarka­n.

Polis meneruskan akwaan jenayah

Sekiranya, cincin itu gagal dikeluarka­n secara semula jadi, doktor dibenarkan membuat pembedahan untuk mengeluark­an barangan kemas berkenaan.

Selama dua hari di hospital, Campbell diberi makanan khas, minum, berlari dan melompat di koridor dengan diiringi polis tetapi cincin berkenaan belum dapat dikeluarka­n.

Campbell akhirnya bersetuju untuk menjalani satu prosedur untuk mengeluark­an cincin berkenaan melalui duburnya.

Walaupun cincin itu berjaya dikeluarka­n polis dilaporkan tetap meneruskan dakwaan jenayah terhadap Campbell.

 ??  ?? Campbell ditahan di hospital selepas menelan cincin berlian di sebuah kedai emas di Turki.
Campbell ditahan di hospital selepas menelan cincin berlian di sebuah kedai emas di Turki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia