Berita Harian

Mbappe bergaya ledak 4 gol

Patut jaring lebih banyak ketika bantu PSG belasah Lyon

-

Pemain remaja sensasi, Kylian Mbappe berkata dia ‘sepatutnya menjaringk­an lebih banyak gol’, selepas meledak empat kali dalam persembaha­n individu yang menakjubka­n, ketika Paris Saint-germain (PSG) membelasah Lyon 5-0, kelmarin.

Pemain berusia 19 tahun itu meledak empat gol dalam tempoh 13 minit di babak kedua, ketika kemenangan besar ber- kenaan menyaksika­n PSG mencipta rekod liga Perancis, dengan sembilan kemenangan berturuttu­rut sejak permulaan musim.

Neymar memulakan pesta gol apabila membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan, menerusi sepakan penalti namun PSG gagal menambah jaringan sehingga tamat babak pertama.

PSG mula menambah tekanan apabila Mbappe menemui sentuhan jaringan pada minit ke-61, sebelum mencipta hatrik dalam tempoh lapan minit apabila meledak dua gol pada minit ke-66 dan ke-69.

Berselang lima minit, pemain sensasi ini menambah jaringan peribadi keempat pada minit ke-74.

Namun, sebelum itu, Mbappe turut terlepas beberapa peluang awal apabila tiga kali percubaann­ya digagalkan penjaga gol Lyon, Anthony Lopes ketika pertembung­an satu lawan satu dan sepakannya terkena palang sebelum jaringan pertama selepas sejam perlawanan.

"Saya terlepas peluang, saya sepatutnya menjaringk­an lebih banyak gol," katanya kepada Canal+.

Sokongan rakan

"Saya terus mencuba dan saya tidak pernah meraguinya. Saya tahu saya mendapat sokongan penuh rakan sepasukan. Saya sentiasa katakan selagi penyerang mencipta peluang, semuanya akan menjadi baik."

Mbappe mencipta kejutan di Piala Dunia musim panas lalu apabila menjadi pemain remaja pertama sejak Pele pada 1958, menjaringk­an dua gol di final dan memenangi anugerah pemain remaja terbaik temasya itu.

Dia memulakan musim baharu Ligue 1 dengan gaya yang sama dan sudah mengumpul lapan gol dalam hanya lima penampilan.

PSG meraih kelebihan lapan mata di persada liga, selepas memecahkan rekod 82 tahun Olympique Lillois pada 1936, ketika Mbappe tampak mahu menang gelaran buat kempen ketiga berturut-turut selepas memenangin­ya bersama Monaco pada 2016-17.

"Ia hasil kerja keras seluruh pasukan, tapi perkara paling penting ialah rekod berkenaan," katanya.

"Saya tegaskan kami bercakap mengenai seluruh pasukan, kami akan ada masa untuk bercakap mengenai saya, Neymar.

"Kami mahukan kemenangan, kami mahukan rekod ini walau apa pun."

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia