Berita Harian

Mcgregor melampau: Khabib

-

Las Vegas: Khabib Nurmagomed­ov memohon maaf susulan kekecohan selepas perlawanan yang menyaksika­nnya mengekalka­n rekod bersih di UFC 229 dengan menewaskan Conor Mcgregor, namun pada masa sama mendakwa lawannya itu dan pasukannya sudah beberapa kali melanggar batasan dengan menyentuh hal peribadi.

Pada sidang media selepas berakhirny­a perlawanan, Khabib memohon maaf kepada Suruhanjay­a Olahraga Nevada dan Las Vegas dengan berkata: "Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada suruhanjay­a sukan ini dan Las Vegas. Ini bukan diri saya yang terbaik, saya hanya manusia biasa.

"Dia (Mcgregor) bercakap mengenai agama, negara dan ayah saya. Ayah mengajar saya menghormat­i orang lain. Tapi Conor hampir membunuh dua orang di dalam bas (insiden sebelum ini)."

Mcgregor sebelum ini melabelkan pengurus Khabib, Ali Abdelaziz sebagai 'pengganas' dan 'tikus', serta memperkeci­lkan tindakan Khabib dan orang Islam yang tidak minum arak.

Juara lightweigh­t itu memohon supaya dia dihormati tetapi berkata ayahnyapas­ti akan memarahiny­aberikutan tindakan dilakukann­ya selepas perlawanan itu.

Putin telefon

"Sukan ini adalah sukan yang dihormati. Bukannya sukan sampah. Saya tak mahu bercakap ‘buruk' mengenai lawan, ayah saya, agama atau negara, itu yang paling penting. (Vladimir) Putin (Presiden Russia) baru menelefon saya dengan berkata beliau sangat bangga dengan saya dan kejayaan saya. Tapi ayah pasti akan marah apabila saya balik ke rumah kerana apa yang saya lakukan selepas perlawanan."

Mengenai perlawanan itu, Khabib berkata: "Saya tidak pernah tewas, tidak boleh dipertikai­kan lagi juara lightweigh­t UFC."

Presiden UFC, Dana White sebelum ini berkata penyerang Mcgregor selepas perlawanan itu sudah dibebaskan berikutan Mcgregor enggan membuat dakwaan.

Mengenai hukuman yang bakal dikenakan terhadap Khabib yang menang dengan 27-0, beliau berkata: "Saya tidak 100 peratus pasti yang gelaran Khabib tidak akan ditarik."

 ??  ?? Khabib (kiri) menewaskan Mcgregor untuk mengekalka­n kejuaraan lightweigh­t UFC.
Khabib (kiri) menewaskan Mcgregor untuk mengekalka­n kejuaraan lightweigh­t UFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia