Berita Harian

Guardiola pikul kesilapan

Mahrez gagal sempurnaka­n penalti, sepak melepasi palang

-

Liverpool

Pep Guardiola mengambil tanggungja­wab penuh kerana memberi kepercayaa­n kepada Riyad Mahrez yang menyaksika­n dia gagal menyempurn­akan penalti, lima minit sebelum tamat aksi yang menyebabka­n Manchester City sekadar 0-0 di sini, kelmarin.

Keputusan itu mengekalka­n rekod tanpa kalah kedua-dua pasukan itu dalam Liga Perdana, tetapi mereka gagal mengekalka­n rentak awal untuk buruan gelaran ketika Chelsea juga terikat di kedudukan teratas dengan 20 mata selepas lapan perlawanan.

“Saya melihatnya setiap hari dalam sesi latihan, saya melihatnya berlatih penalti setiap hari dan ia memberikan saya lebih keyakinan,” kata Guardiola.

Ketika dihadiahka­n sepakan penalti, Guardiola mengarahka­n Gabriel Jesus yang sebelum itu menggantik­an tugas Sergio Aguero, untuk memberikan bola kepada Mahrez.

Bagaimanap­un, rekod buruk bintang Algeria itu untuk sepakan penalti berterusan ketika pemain dengan rekod termahal dibeli City berkenaan gagal melakukann­ya untuk kali keempat dalam enam kali apabila menyepak melepasi palang.

Guardiola bagaimanap­un mengakui perancanga­nnya untuk menerap rentak permainan lebih perlahan bagi menyekat Liverpool dan bergantung kepada serangan balas pantas tampak berhasil.

Tidak masuk akal

Sementara itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menyifatka­n kejohanan baharu, Liga NegaraNega­ra Eropah sebagai ‘tidak masuk akal’ apabila skuad bimbingann­ya bakal mengharung­i tempoh rehat antarabang­sa selepas seri dengan City.

“Kini, pemain tidak bersama pasukan, mereka menyertai kejohanan paling tidak masuk akal di dunia,” kata Klopp yang mahu pihak bertanggun­g jawab supaya menilai isu pemain beraksi terlalu banyak perlawanan.

Namun, Klopp gembira selepas pasukannya berkongsi satu mata berdepan juara bertahan, City yang menyaksika­n mereka terikat 20 mata bersama Chelsea, diikuti Arsenal dan Tottenham Hotspur di tangga keempat dan kelima. AFP

 ??  ?? Mahrez ditenangka­n, Pep Guardiola selepas perlawanan antara Liverpool dan Manchester City di Anfield, kelmarin.
Mahrez ditenangka­n, Pep Guardiola selepas perlawanan antara Liverpool dan Manchester City di Anfield, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia