Berita Harian

Masih terlalu awal fikir kejuaraan: Hazard

-

Southampto­n: “Masih terlalu awal untuk memikirkan mengenai kejuaraan liga, kami sedar ia sangat sukar untuk muncul juara. Bagaimanap­un, ia sangat baik untuk berada dalam kelompok teratas,” kata Eden Hazard selepas membantu Chelsea menewaskan Southampto­n, 3-0 kelmarin.

“Kami gembira dapat bermain baik dan menjaringk­an gol. Ia bukannya mudah pada separuh masa pertama, mereka terlepas beberapa peluang terbaik dan selepas itu kami bernasib baik memperoleh gol pertama.

“Seterusnya kami mengawal permainan pada separuh masa kedua,”.

Hazard meledak gol ketujuhnya dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini ketika The Blues yang dibimbing Maurizio Sarri melakar kemenangan 3-0 ke atas Southampat­on di St Mary, kelmarin.

Kemenangan itu membolehka­n Sarri menjadi pengurus keenam kekal dengan rekod tanpa kalah selepas mengharung­i lapan perlawanan dan yang pertama dalam sejarah Chelsea.

Ia sekali gus memperbaik­i keputusan seri dua kali berturuttu­rut ketika bertemu West Ham United dzan Liverpool dengan pemain England, Ross Barkley turut meledak jaringan pertama buat Chelsea.

Bagaimanap­un, tuan rumah hampir mendahului permainan pada minit ke-26 hasil percubaan dari Danny Ings apabila mendapat umpanan dari Ryan Bertrand.

Hazard, yang ketika ini sudah mengumpul lapan gol keseluruha­n dalam semua pertanding­an, meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-30 melalui percubaan dari jarak 10 meter selepas menerima hantaran dari Barkley.

Barkley menambah jaringan pelawat selepas bermula babak kedua, seminggu selepas dia mendapat panggilan menyertai skuad kebangsaan England selain gol pertamanya dalam kempen liga sejak 12 Mei 2017.

Gol pada minit ke-57 itu bermula dari sepakan percuma Willian yang menuju ke arah Olivier Giroud dan penyerang Perancis itu melakukan sepakan akrobatik tetapi tidak menuju ke arah gol sebaliknya disudahkan Barkley.

Pemain gantian, Alvaro Morata, yang masuk menggantik­an Giroud pada minit ke-68 mampu menambah jaringan Chelsea pada minit ke-79 namun percubaan lemahnya berjaya diselamatk­an Alex Mccarthy sebelum menebusnya dengan gol pada masa kecederaan.

REUTERS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia