Berita Harian

Jeremiah teruja capai impian

Tekad aksi sulung akhiri saingan di kedudukan terbaik

- Oleh Farah Azharie

Jeremiah Kim Leun Kwang mahu menikmati sepenuhnya aksi saingan golf CIMB Classic apabila turun beraksi di TPC Kuala Lumpur, Khamis ini.

“Menjadi impian saya untuk mengakhiri saingan di kedudukan baik, tetapi saya tidak mahu terlalu meletakkan tekanan ke atas diri sendiri. Saya mahu menikmati aksi minggu ini,” katanya semalam.

Pemain berusia 23 tahun itu berjaya menempatka­n diri dalam saingan bernilai RM29 juta itu selepas menyambar kemenangan di Kejohanan Kebangsaan CIMB di gelanggang sama, dua minggu lalu.

Apapun, pemain yang beraksi dalam Jelajah Persatuan Profesiona­l Golf Malaysia (PGM) itu menegaskan keutamaann­ya adalah untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu dalam kemunculan sulungnya saingan CIMB Classic.

Prestasi pemain lebih konsisten

“Saya tidak bimbang mengenai apa saja (pertanding­an). Saya lebih teruja untuk beraksi dan belajar daripada pemain-pemain utama Jelajah PGA,” katanya.

Antara pemain utama dunia yang akan menghangat­kan TPC Kuala Lumpur kali ini adalah pemenang dua kali CIMB Classic dan pemain keempat dunia Justin Thomas, naib juara Kejohanan Terbuka 2018, Xander Schauffele dan pemenang 13 kali Jelajah Eropah, Paul Casey.

Pada masa sama Jeremiah turut mendedahka­n prestasi permainann­ya pada musim ini lebih konsisten selepas menamatkan saingan PGM Perlis di kedudukan kedua pada awal tahun ini.

Selain Jeremiah, Malaysia akan turut mempunyai seorang lagi wakil dalam satu-satunya kejohanan golf Asia Tenggara yang mendapat pengiktira­fan Jelajah PGA itu, iaitu Ben Leong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia