Berita Harian

10 jenis sukan disenarai semula: MOM

-

Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahka­n 10 daripada 13 jenis sukan yang tidak berada dalam senarai awal penganjura­n Sukan SEA Filipina 2019, kini berpeluang cerah untuk dimasukkan semula.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata khabar positif itu diterimany­a ketika menghadiri mesyuarat Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF) di Bangkok minggu lalu.

“Daripada 13 jenis sukan yang kita rayu untuk disenaraik­an pada Sukan SEA 2019, kita dapati hanya tiga iaitu kriket, jet ski dan bola jaring masih dalam pertimbang­an. “Baki 10 lagi sudah berada dalam senarai tuan rumah (Filipina) tapi keputusan akhir hanya akan diputuskan pada mesyuarat SEAGF bulan depan,” katanya di sini, semalam.

39 emas

Jika diluluskan, Malaysia berpeluang menyelamat­kan sekurangku­rangnya 39 emas yang dimenangi pada edisi 2017 di Kuala Lumpur dengan lapan daripada 10 jenis bakal disenaraik­an semula itu adalah penyumbang pingat negara sebelum ini.

Antara sukan berkenaan adalah berbasikal trek yang memenangi 11 emas, boling padang (7), pencak silat (10), luncur air (4), luncur ais (5), hoki (3), petanque (2) dan ragbi 7 sebelah (1).

Mengulas lanjut, Nazifuddin berkata, pihaknya sedia berbincang dengan wakil sukan kriket, jet ski dan bola jaring untuk mencari jalan sebelum mesyuarat bulan depan.

“Saya rasa masih ada peluang cuma kita kena lihat kekangan yang dihadapi pihak penganjur supaya negara Sukan SEA dapat bekerjasam­a untuk mengatasi masalah berkenaan,” katanya.

Bola jaring dan kriket turut menjadi penyumbang emas negara pada temasya dwitahunan itu tahun lalu apabila masing-masing memenangi satu emas.

 ??  ?? Berbasikal trek berpeluang cerah disenaraik­an semula pada Sukan SEA Filipina 2019.
Berbasikal trek berpeluang cerah disenaraik­an semula pada Sukan SEA Filipina 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia