Berita Harian

Sahut panggilan kerana terhutang budi

-

Kuala Lumpur: Pemain naturalisa­si asing pertama negara, Mohamadou Sumareh berkata dia mahu membalas jasa Malaysia yang memberi kerakyatan kepadanya sejak berhijrah dari Gambia pada 2004 ketika berusia 13 tahun.

Bekas penuntut Sekolah Antarabang­sa Maz dan Kolej Segi itu berasakan dia banyak terhutang budi kepada negara ini dan atas dasar itulah dia berbesar hati menyahut panggilan Harimau Malaya walaupun keputusann­ya itu dianggap sebagai tidak popular di negara asalnya.

“Jurulatih kebangsaan (Gambia) selalu menyokong karier saya dan beliau tidak berang dengan keputusan ini. Memang terdapat persoalan mengapa saya tidak memilih beraksi untuk negara sendiri, tapi Malaysia.

“Jawapannya adalah kerana saya bangga untuk menyatakan negara ini sebagai rumah saya,” katanya di sini, semalam mengulas mengenai keputusann­ya menerima panggilan menyertai skuad Harimau Malaya selaku pemain naturalisa­si.

Selepas berita dia diserap ke dalam skuad Harimau Malaya tersebar luas, Sumareh yang pernah beraksi untuk Steve Biko FC sebelum menyertai PDRM pada 2013 mengakui kehidupann­ya bertukar 360 darjah.

“Saya merasakan lebih tertekan kerana orang kini lebih mengenali saya apabila berada di tempat awam dan ada yang menjelaska­n sudah tidak sabar untuk melihat aksi saya.

“Jadi, saya perlu membuktika­n kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya boleh beraksi baik. Ia adalah gila,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan segelintir pihak yang mempersoal­kan isu kerakyatan­nya, pemain sayap Pahang itu merasakan ia sengaja diperbesar­kan bagi menjatuhka­n kariernya.

“Semuanya okey (dari segi kerakyatan). Hanya ada pihak yang tidak memahami sangat mengenainy­a dan sengaja mahu menjatuhka­n saya.

“Saya gembira, seluruh negara gembira. Jadi, mengapa mereka sengaja mahu menjatuhka­n saya?”

Sumareh ketika ini berada di Melaka bagi mengikuti kem latihan pasukan kebangsaan di bawah kendalian Tan Cheng Hoe bagi menghadapi aksi persahabat­an menentang Sri Lanka pada 12 Oktober ini dan Kyrgyzstan di Melaka pada 16 Oktober.

 ??  ?? Mohamadou Sumareh
Mohamadou Sumareh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia