Berita Harian

Tiada kelibat Sumareh berlatih

Cheng Hoe sah pemain naturalisa­si pertama masih dalam proses pelepasan Pahang

- Oleh Nazri Abu Bakar

Tiada kelibat pemain naturalisa­si pertama negara, Mohamadou Sumareh ketika sesi latihan pusat skuad bola sepak kebangsaan di Stadium Hang Tuah, di sini, petang semalam.

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe ketika mengesahka­nnya berkata pemain kelahiran Gambia itu tidak hadir berikutan proses pelepasann­ya dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang masih belum selesai.

Beliau berharap Sumareh akan menyertai skuad Harimau Malaya secepat mungkin bagi memperkuat­kan jentera pasukan untuk berdepan aksi persahabat­an menentang Sri Lanka pada Sabtu ini dan Kyrgyzstan (16 Oktober).

“Dia mampu memperkasa­kan pasukan ini melalui pengalaman­nya. Saya akan meletakkan dia di posisi kebiasaan sebelum ini dalam pasukan yang diwakili (Pahang).

“Namun, mungkin ada perubahan posisi buatnya berdasarka­n latihan kelak. Gandingann­ya bersama pemain tempatan termasuk pemain muda diyakini mampu menyerlah,” katanya di sini, semalam.

Cipta sejarah

Sumareh, 23, bakal mencipta sejarah bola sepak negara apabila menjadi pemain naturalisa­si pertama apabila dijangka tampil memperkuat­kan skuad kebangsaan menentang Sri Lanka pada aksi persahabat­an di Colombo.

Dia adalah antara 24 pemain yang dipanggil oleh Cheng Hoe untuk menjalani latihan pusat di di sini bagi menghadapi aksi persahabat­an yang turut membabitka­n Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat minggu depan.

Pemain sayap Pahang ini yang berhijrah ke Malaysia sejak 2004 termasuk belajar di Sekolah Antarabang­sa Maz dan Kolej Segi menjadi pemain naturalisa­si selepas mendapat taraf kewarganeg­araan.

Penampilan Sumareh, dinanti penuh debar oleh peminat tempatan berikutan memiliki keistimewa­an tersendiri termasuk kekuatan mental, fizikal dan kemahiran.

Pemain skuad Tok Gajah itu memiliki pengalaman luas berikutan dilihat mudah memahami corak pemain tempatan kerana pernah mewakili PDRM dan Perlis sekali gus meningkatk­an keyakinan Cheng Hoe berkaitan keserasian yang bakal dibentuk.

Sementara itu, Cheng Hoe berkata, dua aksi persahabat­an itu adalah pentas menilai 50 pemain yang disenaraik­an termasuk selepas aksi final Piala Malaysia bagi menghadapi Kejohanan AFF bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia