Berita Harian

Gaji punca dibelasah 5-0

Jelius akui isu beri kesan hingga Sabah kini berdepan tugas getir

- Oleh Azizan Hashim

Jurulatih Sabah, Jelius Ating tidak menolak kemungkina­n isu gaji tertunggak antara punca anak buahnya beraksi di bawah tahap sebenar sehingga dibelasah 0-5 oleh Perak pada aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Perak, kelmarin.

"Pemain Sabah tidak menunjukka­n karakter sebenar seperti dalam perlawanan sebelum ini hingga mampu mara ke separuh akhir.

“Kami pernah bertemu Selangor dan juga Pahang dan berjaya menumpaska­n mereka tetapi malam ini (kelmarin) mereka tidak menunjukka­n persembaha­n sebenar," katanya selepas perlawanan.

Beri motivasi

Jelius berkata, dia sudah berusaha memberi motivasi kepada anak buahnya sebelum perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Perak itu.

Bagaimanap­un, beliau mengakui tindakanny­a itu tidak berhasil kerana mereka tenggelam dalam arus perlawanan.

"Mungkin (isu gaji) ada kesan. Mereka manusia dan tidak dapat lari daripada memikirkan masalah dihadapi," katanya.

Jelius yang jelas kecewa dengan keputusan perlawanan itu sedar skuad Badak mempunyai tugas amat getir apabila turun dalam perlawanan kedua pada 21 Oktober ini biarpun bermain di gelanggang sendiri.

"Bukan senang hendak atasi lima gol. Tugas mustahil kerana Perak ternyata pasukan hebat. Jika tumpas satu dua gol mungkin ada peluang lagi.

"Apapun kami akan lakukan yang terbaik demi maruah dan imej Sabah dalam pertembung­an di Stadium Likas nanti, "katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia