Berita Harian

Perak tak sangka menang besar

-

Ipoh: 'Ibarat pucuk dicita, ulam mendatang'.

Itu kata Pengurus Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah selepas menyaksika­n anak buahnya mencerahka­n peluang mara ke final Piala Malaysia musim ini susulan kejayaan membelasah Sabah, 5-0, pada aksi pertama di laman sendiri kelmarin.

"Saya tidak sangka kami boleh menang dengan jurang sebesar ini. Saya hanya minta kami menang dengan kelebihan tiga gol.

“Malah, Menteri Besar (Ahmad Faizal Azumu) juga berpesan kepada saya untuk menyampaik­an pesanan kepada pemain supaya menang dengan jurang tiga gol, tetapi tak sangka pula pemain jaring lebih daripada yang diminta," katanya.

Cukup teruja

Adly yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengakui cukup teruja dengan persembaha­n menakjubka­n pemain Bos Gaurus dalam aksi separuh akhir pertama itu dan menganggap­nya sebagai hadiah istimewa buat kerajaan negeri serta rakyat.

"MB cukup ambil berat mengenai pasukan. Jadi pengorbana­n dan keprihatin­annya dibalas. Memang puas hati tengok perlawanan ini. Semua yang hadir, pastinya terhibur melihat aksi pasukan Bos Gaurus," katanya.

Adly Shah yakin dengan kejayaan besar itu, Perak sudah sebelah kaki untuk layak ke perlawanan akhir piala berprestij itu bagi saingan musim ini.

"Bukan niat untuk cakap takbur, kerana masih ada satu perlawanan tetapi laluan kami lebih mudah di Kota Kinabalu nanti," katanya.

Ketika Perak dilihat memiliki kelebihan besar bertandang ke laman lawan untuk mengharung­i pusingan kedua, satu lagi pertembung­an separuh akhir menyaksika­n Terengganu FC (TFC) hanya meraih bekalan tipis untuk dibawa ke Larkin selepas menang 1-0 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Kuala Terengganu.

Perak dan JDT diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk mara ke pentas akhir Piala Malaysia, musim ini.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF /BH] ?? Pemain Perak meraikan kejayaan menewaskan Sabah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh, kelmarin.
[FOTO ABDULLAH YUSOF /BH] Pemain Perak meraikan kejayaan menewaskan Sabah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia