Berita Harian

MEDIA PRIMA

Lancar program Usahawan #JOMMASUKTV

- Oleh Nabil Basaruddin

Media Prima Bhd (Media Prima) menerusi Sistem Televisyen Malaysia Bhd (STMB) melancarka­n program Usahawan #JOMMASUKTV dalam usaha untuk merancakka­n pembanguna­n sektor koperasi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Johan Ishak, berkata program itu bertujuan untuk menggalakk­an koperasi bagi mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an mereka menerusi platform televisyen.

Melalui inisiatif itu, katanya, ia akan memperluas­kan pasaran mereka dan seterusnya menambah pendapatan selain menjadikan sektor koperasi sebagai pemang kin dalam pertumbuha­n ekonomi negara.

“Apabila usahawan koperasi menyertai program ini, ia memberikan peluang kepada mereka untuk mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an yang dilakukan dalam rangkaian televisyen Media Prima merangkumi TV3, NTV7, TV9 dan 8TV.

“Program ini menawarkan pakej menarik dengan kos yang begitu berpatutan, selain peluang pembabitan dalam Karnival Jom Heboh dan Anggun Life,” katanya pada sidang media majlis pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MOU) antara Galoreka Sdn Bhd (Galoreka) dan Sterling Red (Sterling Red) Sdn Bhd di Petaling Jaya, semalam.

Majlis pemeteraia­n itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan, Dr Hatta Ramli dan Presiden Angkatan Koperasi Malaysia Bhd (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Jaminan jenama

Menerusi MOU itu, Galoreka akan bekerjasam­a dengan Sterling Red, iaitu rakan strategik kepada ANGKASA dan STMB dalam menggalakk­an koperasi untuk mengambil peluang bagi mempromosi­kan perniagaan mereka di kaca televisyen.

Johan berkata, menerusi platform media berkenaan, ia memberikan usahawan koperasi menarik lebih banyak permintaan daripada kalangan pengguna seluruh negara.

“Kami yakin inisiatif ini dapat membantu usahawan koperasi meneroka segmen pemasaran dan penjenamaa­n yang lebih meluas, sekali gus meningkatk­an jualan masingmasi­ng,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, dengan menyertai program itu juga, ia memberi jaminan terhadap jaminan jenama seterusnya memacu perkembang­an perniagaan secara proaktif dan bersepadu.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, dengan pertumbuha­n yang sihat dalam sektor koperasi, pihaknya yakin usaha Media Prima ini adalah tepat pada masanya dengan mengambil kira keadaan semasa.

“Malaysia mempunyai kirakira 14,000 koperasi yang mana ia diwakili oleh enam juta ahli. Ia sudah tentu akan memberi manfaat kepada Media Prima, pada masa sama, koperasi juga dapat memperkuku­h kedudukan dalam segmen perniagaan yang dijalankan,” katanya.

Kami yakin inisiatif ini dapat membantu usahawan koperasi meneroka segmen pemasaran dan penjenamaa­n yang lebih meluas, sekali gus meningkatk­an jualan masing-masing” Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB

 ??  ??
 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ] ?? Hatta (tengah) bersama Abdul Fattah (dua dari kiri) dan Johan (dua dari kanan) menyaksika­n pertukaran MOU antara Pengarah Projek Galoreka, Noor Rizki Ahmad (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Sterling Red, Rozaimi Shafri pada majlis pemeteraia­n MOU di Petaling Jaya, semalam.
[ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ] Hatta (tengah) bersama Abdul Fattah (dua dari kiri) dan Johan (dua dari kanan) menyaksika­n pertukaran MOU antara Pengarah Projek Galoreka, Noor Rizki Ahmad (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Sterling Red, Rozaimi Shafri pada majlis pemeteraia­n MOU di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia