Berita Harian

MERCEDESBE­NZ

Sasar jualan lebih tinggi

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Mercedes-benz Malaysia (MBM) menjangka mencapai jumlah jualan yang lebih tinggi pada tahun ini, berbanding 12,045 unit yang direkodkan sepanjang tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Claus Weidner, berkata sejak awal tahun hingga kini, MBM berjaya menyerahka­n sebanyak 10,143 unit kenderaan kepada pelanggann­ya, menunjukka­n peningkata­n 16 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Prestasi itu menunjukka­n MBM berada di landasan tepat untuk mengatasi rekod jualan yang dicapai pada 2017.

“Kami yakin jualan akan terus meningkat apabila MBM bakal memperkena­lkan enam lagi model baharu terdiri daripada model kompak, kenderaan utiliti sukan (SUV), limosin dan dream car pada tahun ini,” katanya pada sidang media Prestasi Suku Ketiga 2018 MBM, di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Kenderaan Penumpang MBM, Mark Raine dan Naib Presiden Perkhidma tan Pelanggan MBM, Heinrich Schromm.

Dua segmen catat peningkata­n

Weidner berkata, sehingga suku September lalu, MBM mencatat jualan 6,344 unit untuk limosin Cclass, Eclass dan Sclass yang dipasang secara tempatan (CKD) manakala kereta kompak premium seperti Aclass, Bclass, Glaclass dan Claclass sebanyak 1,268 unit.

“Keduadua segmen itu merekodkan peningkata­n 21.1 peratus dan empat peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“SUV premium Mercedesbe­nz kekal mencatatka­n pertumbuha­n tertinggi dengan 1,960 unit dijual, naik 3.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, penguasaan pasaran MBM juga meningkat kepada 2.5 peratus pada suku ketiga 2018, naik 0.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Untuk prestasi perkhidmat­an kami, rangkaian pengedar MBM mencatatka­n jumlah servis 109,927 daripada 31 pusat servis di seluruh negara.

“Ini menunjukka­n peningkata­n 16 peratus berbanding tempoh sama 2017,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO SAIRIEN NAFIS / BH ] ?? Weidner (tengah), Schromm dan Raine (kanan) pada sidang media Prestasi Suku Ketiga 2018 Mercedes-benz Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO SAIRIEN NAFIS / BH ] Weidner (tengah), Schromm dan Raine (kanan) pada sidang media Prestasi Suku Ketiga 2018 Mercedes-benz Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia