Berita Harian

KDNK bukan pengukur tunggal ekonomi

Pelbagai langkah diambil pacu kuasa beli rakyat

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad dan Ayisy Yusof

Pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur tunggal kejayaan ekonomi sesebuah negara.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sebaliknya manfaat kepada rakyat perlu diambil kira, yang mana peningkata­n ekonomi perlu disusuli pertambaha­n kuasa beli rakyat.

Beliau menjelaska­n, perkara itu dipersetuj­ui pada Mesyuarat Menteri-menteri Kawasan Segitiga Pertumbuha­n Indonesia-malaysiaTh­ailand (IMT-GT) Ke-24 yang dipengerus­ikannya minggu lalu.

“Pada mesyuarat itu, kami bersetuju bahawa pertumbuha­n dari segi KDNK sahaja tidak boleh dianggap sebagai kejayaan, melainkan ia diterjemah­kan kepada manfaat sebenar untuk rakyat.

“Bercakap berdasarka­n perspektif Malaysia, pertumbuha­n sebenar ekonomi mesti turut membawa maksud kepada peningkata­n kuasa beli rakyat.

“Perkara ini mesti ditangani secara menyeluruh dengan memperkena­lkan langkah untuk mengatasi ketidaksam­arataan pertumbuha­n di seluruh negara dan ketidaksei­mbangan pendapatan, terutama untuk kumpulan B40, kadar penganggur­an belia yang tinggi dan peningkata­n kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan pembukaan Forum Khazanah Megatrends 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Tangani cabaran struktur masyarakat

Mohamad Azmin berkata, dalam pada itu ada kebimbanga­n lain, iaitu kaedah menangani cabaran struktur masyarakat seperti meningkatk­an produktivi­ti pekerja, memastikan inovasi dan pelaburan berkualiti serta mendesak industri supaya memacu rantaian nilai ke tahap lebih tinggi.

Kerajaan, katanya, kekal dengan pendirian yang ia mesti terus berkembang dan mengatasi masalah perangkap pendapatan kelas pertengaha­n untuk menjadi ekonomi maju berpendapa­tan tinggi.

Antara langkah perlu diambil adalah kerajaan perlu mengubah fokusnya kepada industri baharu, terutama dengan mengadapta­si landskap teknologi global dan menjadikan Malaysia pakar dalam penemuan baharu dalam inovasi dan teknologi yang mampu meningkatk­an produktivi­ti ekonomi negara.

“Kita juga perlu menangani penurunan eksport elektronik dan elektrikal (E&E) berbanding kenaikan eksport komoditi. Eksport E&E berkuranga­n daripada tempoh kemuncakny­a pada awal 2000 sebanyak 60 peratus kepada 40 peratus pada 2017 manakala eksport komoditi meningkat dari 13 peratus kepada 20 peratus dalam tempoh sama,“katanya.

Pembentang­an RMKE-11

Mengulas mengenai pembentang­an Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) minggu depan, Mohamed Azmin berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pengarang media terlebih dahulu.

“Saya merancang untuk bertemu dengan pengarang media sehari, dua sebelum Perdana Menteri membentang­kan RMKE-11.

“Kita akan memperkena­lkan beberapa inisiatif baharu mengenai bagaimana kerajaan mahu menangani cabaran baharu yang dihadapiny­a sekarang. Butirannya akan dikongsika­n pada minggu depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia