Berita Harian

SAP buka SDC di Malaysia, pertama di ASEAN

-

SAP, peneraju aplikasi perisian perusahaan global, membuka pusat penyampaia­n penyelesai­an (SDC) di Kuala Lumpur, yang pertama seumpamany­a di ASEAN.

Pembukaan SDC itu bertujuan meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­annya di rantau ini.

Pusat SDC ke-19 itu dijangka meningkatk­an keberkesan­an kos dan penyampaia­n perkhidmat­an berskala untuk perusahaan yang menggunaka­n teknologi SAP.

Pengarah Urusan SAP Malaysia, Duncan Williamson, Malaysia terletak di tengah-tengah ASEAN yang mana terdapat pelbagai syarikat multinasio­nal (MNC) dari seluruh dunia beroperasi di sini.

“Objektif kami adalah menyedi- akan pelanggan SAP akses kepada rangkaian perundinga­n terbaik dengan kepakaran syarikat kami yang menggunaka­n teknologi terkini,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Sasaran MDEC

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood mengalu-alukan pelaburan SAP sambil menambah kerajaan akan meneruskan usaha berterusan untuk menjadikan Malaysia destinasi pilihan bagi syarikat teknologi terkemuka di dunia.

Katanya, MDEC yang berperanan ‘memperjuan­gkan ekonomi digital Malaysia’, menyasarka­n negara ini menjadi hab teknologi utama di Asia Tenggara.

“Malaysia sentiasa menjadi batu loncatan kepada negara-negara ASEAN untuk MNC, syarikat pemula dan usahawan seluruh dunia. Terletak di tengah-tengah rantau ASEAN, Malaysia mampu menghubung­kan perniagaan ke pasaran serantau yang mempunyai lebih 625 juta orang,” katanya.

SAP memiliki 404,000 pelanggan di 180 negara di seluruh dunia dengan semuanya adalah syarikat kelestaria­n korporat Dow Jones, dengan 98 peratus daripadany­a adalah 100 jenama paling bernilai dunia selain 92 peratus pula tersenarai sebagai syarikat Forbes Global 2000.

 ??  ?? Yasmin Mahmood,
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC
Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia