Berita Harian

Data buruh AS kukuh jejas pasaran

- SAHAM ASIA

Pasaran Asia jatuh semalam, memanjangk­an jualan minggu lalu disebabkan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh membangkit­kan harapan lebih tinggi.

Malah Rizab Persekutua­n juga akan menaikkan kadar faedah pada kadar yang lebih pantas.

Shanghai mengetuai senarai pasaran yang jatuh ketika China dituduh menggunaka­n mikrocip dalam peralatan komputer yang dijual di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencuri rahsia teknologi.

Kerugian di China juga mencatatka­n penurunan dalam jumlah tunai bank komersial negara itu yang mana bank pusatnya akan mengepam lebih daripada AS$100 bilion ke dalam pasaran kewangan.

Peniaga diberikan petunjuk negatif dari Wall Street, yang mana ketiga-tiga indeks utama berakhir dengan kerugian mendadak berikutan berita bahawa penganggu- ran sudah mencecah paras terendah dan gaji selama 49 tahun menyaksika­n keuntungan sihat.

Laporan itu, yang menyusul selepas penunjuk kukuh terhadap ekonomi tertinggi di dunia, menyaksika­n hasil pada penanda aras 10 tahun Perbendaha­raan naik untuk hari ketiga berturuttu­rut, mencecah paras tertinggi selama tujuh tahun dengan Fed dijangka terus meningkat.

Penganalis­is berkata, peningkata­n mendadak kadar faedah menyebabka­n kebimbanga­n mengenai inflasi yang lebih tinggi dan kenaikan kos untuk pinjaman dan gadai janji.

Kerugian di New York meresap ke Asia, di mana Shanghai merosot 2.4 peratus dan Hong Kong kehilangan 0.8 peratus dengan firma hartanah menerima tempias jangkaan bank di bandar itu akan menaikkan kadar gadai janji lagi ketika mereka mengesan kenaikan Fed yang mungkin.

Sydney turun lebih daripada satu peratus, Singapura turun 0.5 peratus, Seoul turun 0.2 peratus dan Taipei rendah 0.8 peratus. Tokyo pula ditutup sempena cuti umum.

 ?? [FOTO AGENSI] ?? Shanghai merosot 2.4 peratus berikutan kerugian di New York.
[FOTO AGENSI] Shanghai merosot 2.4 peratus berikutan kerugian di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia