Berita Harian

Rondaan 3 negara beri manfaat kepada Sabah

Kerjasama mampu kurangkan jenayah rentas sempadan di Laut Sulu

- Oleh Abdul Rahemang Taiming

Rondaan pasukan keselamata­n tiga negara di bawah Perjanjian Kerjasama Tiga Pihak (TCA) di antara Malaysia, Indonesia dan Filipina memberi kesan positif mengurangk­an jenayah rentas sempadan di perairan Sulu

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata rondaan berkenaan memberi manfaat kepada Sabah khususnya dalam aspek ekonomi serta kedatangan pelancong asing, selain membolehka­n rakyat hidup dalam keadaan aman.

“Bulan lalu saya berada di Manila menghadiri mesyuarat dengan menteri pertahanan Filipina dan Indonesia (untuk memperkuku­h kerjasama), sekarang ini berlaku rondaan bersama tiga negara dan ia amat memberi kesan dan menurunkan jenayah (rentas sempadan) di Laut Sulu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas hadir Majlis Ramah Mesra Bersama Persekutua­n PersatuanP­ersatuan Cina Tawau di sini, semalam.

Sementara itu, Mohamad yang mengakhiri lawatan kerja ke Ibu Pejabat Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan beberapa pulau menempatka­n pasukan keselamata­n itu, berkata kerajaan akan menambah anggota dan aset berdasarka­n kemampuan serta bajet.

Kesiapsiag­aan ESSCOM

“Saya akan bawa rungutan pihak ESSCOM kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) dan Mesyuarat Kabinet supaya dapat diperhebat­kan lagi (kesiapsiag­aan ESSCOM).

“Setakat ini, mereka memberi khidmat dengan begitu baik dan kita perlu menambah kebajikan mereka, ini memang tekad saya bersama pemimpin tentera, polis dan sebagainya untuk meningkatk­an perkhidmat­an pasukan itu secara bersama,” katanya.

Beliau juga meminta rakyat bersama-sama menjaga keselamata­n dan keamanan negara dan tidak hanya meletakkan tanggungja­wab itu kepada pasukan keselamata­n.

Mengenai majlis bersama Persekutua­n Persatuan-persatuan Cina Tawau, beliau berkata, ia antara lain membolehka­nnya memberi pandangan dan keyakinan kepada pihak terbabit bahawa perairan Sabah berada dalam keadaan aman dan terkawal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia