Berita Harian

Persekutua­n komited kembalikan hak, keistimewa­an

-

Petra Jaya: Peranan Jawatankua­sa Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan bertujuan mahu ‘mengimbau semula’ sejarah, sebaliknya untuk memperhalu­si pelaksanaa­n segala hak serta keistimewa­an dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak di bawah perjanjian itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata kertas kerja mengenai penubuhan jawatankua­sa khas akan dibentangk­an kepada Kabinet Rabu ini untuk tindakan lanjut.

Katanya, jawatankua­sa khas berkenaan dibahagika­n kepada tiga peringkat membabitka­n jawatankua­sa penilaian, jawatankua­sa teknikal dan jawatankua­sa kerja bagi memastikan kelancaran proses berkaitan, khususnya memastikan kedua-dua negeri mendapat layanan sewajarnya sebagai wilayah.

Vui Keong menjelaska­n, pada peringkat tertinggi jawatankua­sa khas itu dipengerus­ikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bermesyuar­at setiap dua bulan.

Beliau berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan rakan sejawatnya dari Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berada dalam jawatankua­sa penilaian, khusus bagi meneliti segala hak dan keistimewa­an kedua-dua negeri yang terhakis sebelum ini.

“Mereka akan dibantu Peguam Negara, Tommy Thomas bersama Peguam Negeri Sarawak, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid dan Peguam Negeri Sabah, Zaleha Rose Pandin.

“Peguam Negara turut mempengeru­sikan bersama jawatankua­sa teknikal, begitu juga saya sendiri, yang turut disertai beberapa menteri dan ketua jabatan serta agensi berkaitan.

Kaji perkara didakwa terhakis

“Kita akan meneliti segala hak dan keistimewa­an dijanjikan (dalam MA63), khususnya perkara didakwa terhakis sebelum ini, selain menambah baik apa yang sudah dilaksanak­an Kerajaan (Persekutua­n) terdahulu berhubung perkara ini,” katanya selepas melawat Kompleks Mahkamah Kuching di sini, semalam.

Vui Keong turut meluangkan masa meninjau serta menghadiri beberapa siri taklimat di Mahkamah Khas Kuching, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanakkanak (JSKK) serta taklimat mengenai Mahkamah Tinggi Kuching.

Yang turut hadir, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah; Ketua Pendaftar Mahkamah, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Malaysia, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal UndangUnda­ng, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jalil Marzuki.

Vui Keong ketika mengulas lanjut, berkata banyak perkara dalam MA63 sudah dipersetuj­ui bersama oleh semua pihak berkepenti­ngan, termasuk Kerajaan Persekutua­n, namun ia gagal dilaksanak­an sepenuhnya.

Justeru, katanya, perkara itu akan diberikan keutamaan, dengan membentang­kan kertas kerja berkaitann­ya minggu ini untuk tindakan lanjut.

“Fokus utama untuk mengembali­kan hak dan keistimewa­an Sabah serta Sarawak sebagai ‘rakan kongsi’ kita,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia