Berita Harian

Kerjasama Sarawak, Jepun pulihara hutan

UNIMAS ambil pendekatan lebih praktikal lestarikan alam sekitar

- Oleh Norsyazwan­i Nasri

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengambil pendekatan lebih praktikal dalam usaha melestarik­an alam sekitar di sekitar kampus induknya, di sini melalui pelaksanaa­n inisiatif strategik, Pendidikan Perhutanan Takasago - UNIMAS.

Bagi mendokong usaha itu, 10 hektar kawasan di sekitar kampus dibangunka­n bagi tujuan penyelidik­an dan latihan berhubung kaedah pemulihara­an hutan.

Ia dari segi kewangan oleh Takasago Thermal Engineerin­g Company Limited (Takasago), sebuah firma kejurutera­an di Jepun dan Persatuan Jepun di Malaysia yang giat menjalanka­n kegiatan perhutanan semula dengan Jabatan Perhutanan Sarawak sejak 1995.

Melalui projek itu, sejumlah 25,000 jenis anak pokok akan ditanam dalam kampus UNIMAS sehingga 2022.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata kerajaan negeri menyambut baik langkah dilaksanak­an kedua-dua pihak dalam usaha untuk melestarik­an alam sekitar bagi tempoh jangka panjang.

Melatih generasi muda

“Kerjasama ini menjadi model terbaik dalam melestarik­an hutan dalam bidang pendidikan dan penyelidik­an kepada pelajar universiti. Ia boleh melatih generasi muda ke arah meningkatk­an usaha pemulihara­an hutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg merasmikan Program Pendidikan Perhutanan Takasago - UNIMAS, di sini kelmarin.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sarawak, Datuk Naroden Majais dan Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Sebagai simbolik sebanyak 600 pelbagai jenis anak pokok ditanam membabitka­n penyertaan sukarelawa­n dari Jepun, pihak sekolah, masyarakat setempat serta kakitangan dan pelajar UNIMAS.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli II Sarawak, berkata negeri ini memiliki dasar perhutanan hutan bagi memastikan kepelbagai­an sumber biodiversi­ti diuruskan secara lestari untuk keperluan masa depan.

“Kita mempunyai dasar hutan sendiri demi kepentinga­n sumber asli hutan di negeri ini serta generasi masa depan. Apa yang kita harapkan ialah usaha berterusan dalam pemulihan landskap hutan ini, selain memastikan khazanah hutan kita dapat diuruskan secara lebih mapan,” katanya.

 ?? [ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI/ STR ] ?? Awang Tengah menanam anak pokok sebagai simbolik Program Pendidikan Perhutanan Takasago-unimas di Kota Samarahan, kelmarin.
[ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI/ STR ] Awang Tengah menanam anak pokok sebagai simbolik Program Pendidikan Perhutanan Takasago-unimas di Kota Samarahan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia