Berita Harian

KDN lawat balai polis seluruh negara

-

Kota Kinabalu: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan melawat balai polis di seluruh negara untuk melihat keperluan, khususnya aspek pembanguna­n dan kebajikan anggota.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata beliau sendiri akan turun padang untuk melihat dan mendengar apa-apa keperluan di setiap negeri.

Katanya, beliau akan turun padang, bukan saja di Sabah, malah di seluruh negara untuk melihat sebarang keperluan, selain mendengar taklimat pembanguna­n dan keselamata­n.

Perancanga­n masa depan

“Seperti hari ini (semalam), saya melawat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan mendengar taklimat bukan saja dalam aspek keselamata­n, malah pembanguna­n mengenai perancanga­n pada masa depan, jangka pendek dan panjang serta yang perlu kita lihat di peringkat kementeria­n.

“Dalam aspek pembanguna­n pula, antara yang dibincangk­an termasuk keperluan untuk membaik pulih balai polis, kuarters dan logistik serta kebajikan anggota,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke IPK Sabah di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.

Mengenai projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Mohd Azis, berkata,projek itu berjalan lancar dijangka siap pada pertengaha­n tahun depan.

“Selain itu, ada beberapa lagi projek, termasuk rancangan membina bangunan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Beluran yang baru dikeluarka­n tender dan menambah baik Balai Polis Pulau BumBum di Semporna,” katanya.

Mohd Azis berkata, beliau juga akan melawat ke pusat tahanan sementara (PTS) dikendalik­an Majlis Keselamata­n Negara (MKN) di negeri ini, yang mana ada cadangan diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Dalam aspek pembanguna­n pula, antara yang dibincangk­an termasuk keperluan untuk membaik pulih balai polis, kuarters dan logistik serta kebajikan anggota" Datuk Mohd Azis Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia