Berita Harian

Murid pedalaman teruja sertai pertanding­an tarian

Kumpulan D‘olumis Dance azam cipta kejayaan

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Seramai 10 murid pedalaman dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Keningau teruja apabila bakal mewakili Sabah menyertai Pertanding­an Tarian Rampaian dan Etnik Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan di Shah Alam, bermula hari ini.

Menamakan kumpulan mereka sebagai D‘olumis Dance, murid Tahun Empat hingga Enam yang menyertai pertanding­an itu akan mempersemb­ahkan tarian zapin, inang dan joget bagi kategori rampaian, manakala tarian rambai untuk kategori tarian etnik.

Ahli kumpulan, Edgar Scout Davy, 10, berkata dia begitu teruja untuk membuat persembaha­n kerana ini kali pertama menyertai pertanding­an yang besar.

“Saya baru saja menyertai aktiviti tarian tahun ini dan tak sangka dapat masuk pertanding­an hingga peringkat kebangsaan. Sudah pasti seronok kerana dapat merasai pengalaman bertanding bersama peserta sekolah lain dari seluruh negara.

Persembaha­n berkualiti

“Apabila dapat tahu kami bakal bertanding di peringkat kebangsaan, saya teruja hingga sanggup berlatih setiap gerak tarian sendiri di rumah supaya memastikan ia sempurna ketika hari pertanding­an sebenar,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, sebelum berangkat ke ibu negara, semalam.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Dr Daud Yusof turut hadir di KKIA bagi memberi kata-kata semangat kepada kumpulan murid berkenaan.

Guru pengiring, Siti Asmah Abdullah, berkata semua anak murid di bawah jagaannya sentiasa bersemanga­t melakukan latihan demi mencipta kejayaan pada pertanding­an itu.

Katanya, walaupun berasal dari pedalaman, mutu tarian dipersemba­hkan berkualiti dan mempunyai peluang meraih kedudukan terbaik dalam pertanding­an yang berlangsun­g di Management and Science University (MSU), Shah Alam.

 ?? [ FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL ] ?? Dr Daud (lapan dari kiri) bergambar bersama ahli Kumpulan D'olumis Dance, guru dan ibu bapa pada Majlis Mengiring ahli Kumpulan D'olumis Dance di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL ] Dr Daud (lapan dari kiri) bergambar bersama ahli Kumpulan D'olumis Dance, guru dan ibu bapa pada Majlis Mengiring ahli Kumpulan D'olumis Dance di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia