Berita Harian

‘Berhenti jika tidak tahan, gagal patuh disiplin tentera’

Panglima Tentera Darat beri amaran kepada anggota tak minat berkhidmat

- Oleh Mohd Roji Kawi

Warga Tentera Darat Malaysia (TDM) yang gagal mematuhi peraturan tentera perlu menamatkan perkhidmat­an sebelum mereka diberhenti­kan.

Itu amaran keras Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi kepada pegawai dan anggota yang tidak lagi menunjukka­n minat terhadap perkhidmat­an.

Ahmad Hasbullah berkata, beliau tidak berkomprom­i dalam soal disiplin dan tidak akan membiarkan pegawai dan anggota yang bermasalah itu merosakkan pasukan.

“Selagi anda boleh mengikuti peraturan yang ditetapkan, anda layak untuk terus berada dalam tentera, tetapi jika anda tidak mampu, saya tidak raguragu untuk memberhent­ikan anda dari perkhidmat­an.

Menjejaska­n keupayaan

“Orang seperti ini bukanlah aset kepada perkhidmat­an, sebaliknya mereka adalah liabiliti yang boleh menjejaska­n keupayaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena lawatan ke Markas Pemerintah­an Medan Timur TDM di Kem Muara Tuang di sini, semalam.

Turut hadir Panglima Medan Timur TDM, Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw; Panglima 1 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Datuk Toh Choon Siang dan Panglima 3 Briged Infantri, Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin.

Ahmad Hasbullah berkata, beliau rela jumlah anggota TDM kecil asalkan mereka adalah yang terbaik dan berkualiti.

“Tidak gunanya memiliki anggota yang ramai jika sebahagian besarnya adalah ejen perosak dan janganlah kerana sikap mereka ini, semua pasukan akan menerima kesannya.

“Kita tidak memerlukan orang yang tidak jujur dalam TDM, tetapi kita mahukan warga yang profesiona­l dalam melaksanak­an tanggungja­wab agar kita sentiasa disegani,” katanya.

Lawatan itu adalah yang pertama dilakukan Ahmad Hasbullah selepas beliau dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai Panglima Tentera Darat, kirakira sebulan lalu.

Sebelum dilantik ke jawatan tertinggi TDM itu, beliau adalah Timbalan Panglima Tentera Darat selama tujuh tahun dan sebelum itu beliau pernah menjadi Panglima Medan TDM.

 ?? [ FOTO MOHD ROJI KAWI ] ??
[ FOTO MOHD ROJI KAWI ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia