Berita Harian

Tindakan tegas terhadap ‘lori hantu’

-

Bintulu: Polis Sarawak memberi amaran tindakan tegas bakal dikenakan terhadap mana-mana pemandu lori balak yang membawa muatan berlebihan dan tidak mengikut peraturan ditetapkan sehingga membahayak­an pengguna jalan raya lain.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Negeri, Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, tiada kompromi dengan mana-mana pemandu lori balak yang masih berdegil dan membelakan­gkan undangunda­ng sehingga boleh mengancam keselamata­n orang ramai.

Mencetuska­n kebimbanga­n

“Hasil pemantauan kita mendapati berlaku banyak lori balak di Bintulu dan kawasan sekitarnya membawa muatan secara berlebihan, muatan tidak diikat kemas dan dipandu secara melulu serta merbahaya hingga mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan penggunaan jalan raya lain.

“Kita mendapati terdapat tiga kawasan panas, masing-masing Jalan Bintulu - Sibu, Jalan Bintulu - Bakun dan Jalan Bintulu - Miri, yang seolah-olah memperliha­tkan lori balak ini bermaharaj­alela serta membuatkan laluan berkenaan umpama milik mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini kelmarin.

Dalam kejadian terbaru, katanya, sebuah lori sarat muatan balak dan tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan dikesan menggunaka­n laluan Jalan Bintulu - Sibu berhampira­n Jambatan Kemena, di sini Khamis lalu, dengan kayu dibawanya terjuntai sehingga mencecah permukaan jalan.

“Malah, kayu balak itu nyaris dirempuh kenderaan lain. Gambar lori berkenaan yang dirakamkan oleh seorang pengguna jalan raya turut menjadi tular di laman sosial.

“Dari gambar berkenaan, jelas sekali pemandu lori itu tidak mengambil kira aspek keselamata­n kerana bukan sahaja membawa muatan berlebihan, bahkan tidak diletakkan sebarang tanda keselamata­n yang boleh menyebabka­n kemalangan,” katanya.

Alexson menjelaska­n bertindak atas maklumat itu, lori balak itu ditahan bagi tujuan timbang berat di Stesen Timbang Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) berhampira­n kerana membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia