Berita Harian

‘90km sejam boleh membunuh’

Had laju 90 kilometer sejam (km/j) untuk kenderaan berat tidak sesuai lagi diguna pakai di jalan raya negara ini khususnya kenderaan berat dengan muatan (BDM) lebih tiga tan Pakar desak kerajaan kaji semula had laju kenderaan berat selaras perkembang­an se

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Laporan Wan Nor Hayati Wan Alias

Kadar had laju kebangsaan bagi kenderaan berat yang ditetapkan 90 kilometer sejam (km/j), dianggap tidak lagi sesuai diguna pakai di jalan raya negara ini khususnya yang memiliki berat dengan muatan (BDM) lebih tiga tan.

Pakar kejurutera­an mekanikal dan keselamata­n jalan raya berpendapa­t had laju itu wajar dikurangka­n kepada kadar lebih selamat dengan mengambil kira kedudukan momentum kenderaan berat di jalan raya yang ditentukan melalui kuantiti fizikal yang menggabung­kan jisim dan had laju, selain faktor jumlah kenderaan semakin banyak di negara ini.

Menurut mereka, momentum penting kerana menentukan kadar impak diterima sekiranya berlaku perlanggar­an, dengan lebih besar kadar momentum lebih besarlah impak perlanggar­an diterima yang turut berisiko ‘membunuh’ pengguna. Pensyarah Fakulti Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof Dr Yusri Yusof, mengakui beberapa faktor menentukan risiko kemalangan termasuk spesifikas­i jalan di negara ini, namun kajian saintifik lebih teliti perlu dilakukan bagi menentukan had laju lebih selamat mengikut kaitan momentum.

Momentum standard

Mengambil contoh kenderaan biasa dengan berat purata 1,100 kilogram (kg), katanya, momentum standard dihasilkan pada kelajuan maksimum 120km/j adalah 36,667 kilogram meter per saat (kgm/s).

“Berpanduka­n kadar momentum 36,667 bagi kenderaan standard itu, maka had laju kebangsaan 90km/j hanya sesuai untuk kenderaan yang memiliki berat dengan muatan (BDM) tiga tan sahaja. Untuk BDM antara lima hingga 15 tan pula seharusnya lebih rendah.

“Kadar sebenar had laju bergantung kepada kadar momentum yang boleh diterima atau diserap oleh kenderaan standard dan ia turut bergantung kepada spesifikas­i kenderaan.

“Sekiranya reka bentuk kereta (pengukur standard kenderaan di lebuh raya) boleh menerima hentaman momentum sehingga 120,000 kgm/s dengan risiko kematian minimum, had laju lori BDM tujuh tan boleh ditetapkan sehingga 60km/j. Ia masih jauh lebih rendah berbanding had laju kebangsaan ketika ini,” katanya kepada BH.

Nahas membabitka­n kenderaan berat sering meragut korban, dengan terbaharu lima rentung apabila kereta dinaiki terbakar selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora, di Ipoh, Sabtu lalu.

Sementara itu, tinjauan BH mendapati papan tanda had laju kebangsaan di lebuh raya tidak lengkap apabila hanya memaparkan amaran 110km/j tanpa dinyatakan had laju khusus untuk kenderaan berat.

 ??  ??
 ??  ?? Yusri Yusof
Yusri Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia