Berita Harian

SERBU BANTERAS MAKSIAT JIKA TERIMA ADUAN KUKUH, ADA WARAN: MUJAHID

Pengadu digalak nasihat pelaku sebelum lapor kepada pihak berkuasa agama

-

Oleh Nor Ain Mohamed Radhi, Ahmad Suhael Adnan dan Zarul

Fitri Muhd Zamrie

Pihak berkuasa agama hanya akan membuat serbuan membantera­s aktiviti khalwat atau maksiat lain jika menerima aduan kukuh mengenai perbuatan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata, pihak yang mahu membuat aduan pula digalakkan menasihati pelaku maksiat itu terlebih dulu, sebelum melaporkan­nya kepada pihak berkuasa agama.

Katanya, selepas menerima aduan, pihak berkuasa agama akan menyiasat bagi memastikan perbuatan maksiat itu benar-benar berlaku dan hanya akan membuat serbuan selepas mendapatka­n waran serta dengan kehadiran polis.

“Bagi pihak berkuasa, sebarang penguatkua­saan terhadap nilai moral perlu dilaksanak­an secara berhati-hati dan memastikan sama ada ia dilakukan dalam ruangan peribadi atau awam.

“Sebagai kerajaan, apa yang kamu lakukan dalam ruang peribadi bukan urusan kami, namun sebagai orang Islam yang melihat jirannya melakukan kesalahan, menjadi tanggungja­wabnya menasihati jiran itu,” katanya pada sidang media selepas Persidanga­n Meja Bulat Falsafah dan Tatacara Hukuman Jenayah Syariah Dalam Mencapai Matlamat Rahmatan Lil Alamin di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika memberi penjelasan berhubung laporan akhbar berbahasa Inggeris yang memetiknya sebagai berkata, pihak berkuasa agama tidak lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam untuk operasi khalwat dan aktiviti maksiat lain, yang mencetuska­n polemik.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Tinggi Islam Antarabang­sa (IAIS), Prof Mohammad Hashim Kamali.

Mujahid berkata, pihak berkuasa agama masih boleh membuat serbuan di kawasan peribadi jika aduan perbuatan maksiat itu mengganggu ketenteram­an awam, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan jabatan agama.

Beliau berkata, SOP Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI), tidak membenarka­n penguat kuasa menceroboh, menendang atau memecahkan pintu rumah dan ia kesalahan jika melakukann­ya.

Katanya, pihak berkuasa agama juga boleh membuat serbuan di hotel bajet atau hotel lima bintang, asalkan ada aduan menggambar­kan perbuatan maksiat itu menceroboh ketenteram­an awam.

“Jika (khalwat dan aktiviti maksiat lain) dibuat dalam rumah peribadi, yang mana perbuatan itu salah, tetapi tiada aduan, ia tidak menjadi satu kesalahan di bawah bidang kuasa kami,” katanya.

Usaha tambah baik SOP

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, pihaknya sedang berusaha menambah baik SOP penguatkua­saan supaya tidak disalah guna kerana pernah serbuan khalwat dieksploit­asi untuk merosakkan imej orang lain.

Katanya, satu pertemuan antara ulama, ahli akademik, pihak pelaksana dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk berbincang dan menambah baik penguatkua­saan dalam kerangka rahmatan lil alamin (rahmat buat seluruh alam) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, Khamis ini.

Ditanya sama ada operasi khas tidak membabitka­n aduan seperti pada Hari Valentine dan Hari Merdeka akan dihentikan, Mujahid berkata: “Itu saya tak sentuh dan tak nak sentuh langsung, saya hanya bercakap perlunya kita kawal tindakan penguatkua­san di ruang awam dan kukuhkan SOP supaya tidak dieksploit­asi dan salah guna.”

Sementara itu, Mujahid kecewa dengan sikap sesetengah agamawan mengkritik­nya secara melulu berkaitan isu pelaksanaa­n operasi jenayah syariah tanpa menunggu penjelasan­nya terlebih dulu.

Beliau berkata, golongan agamawan sepatutnya meminta atau menunggu penjelasan­nya sebelum memberi pandangan berhubung perkara itu jika mereka menghormat­inya.

“Ada sesetengah orang tidak tengok transkrip penuh (yang dimuat naik di Facebook Mujahid), hanya ambil tajuk lalu memaki hamun dan cerca.

“Macamlah menteri agama ini bodoh sangat, tak ada agama dalam diri dia.

“Jika yang cakap itu orang di media sosial, saya tidak kisah kerana bukan peringkat kita berbincang dengan mereka, tetapi ada yang bercakap ini agamawan yang dihormati masyarakat.

“Akhirnya apabila saya tegur kesilapan tajuk itu dan minta mereka baca transkrip sepenuhnya, mana kita nak letak muka,” katanya.

 ??  ?? Mujahid Yusof
Mujahid Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia