Berita Harian

LIMA MENTERI, TIMBALAN SUDAH ISYTIHAR HARTA

Agensi percaya masih ramai belum berbuat demikian kerana belum cukup tiga bulan

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Sekurang-kurangnya lima anggota pentadbira­n kerajaan ditunjangi Pakatan Harapan (PH) sudah menyelesai­kan pengisytih­aran harta kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tindakan itu membabitka­n barisan anggota Kabinet meliputi menteri dan timbalan menteri, susulan arahan mewajibkan anggota pentadbira­n negara dan Ahli Parlimen PH melaksanak­an pengisytih­aran harta.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, mengesahka­n pihaknya hanya menerima lima nama, namun tidak menolak kemungkina­n senarai nama lain sudah diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau tidak mendedahka­n nama mana-mana menteri atau timbalan menteri terbabit, namun BH difahamkan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, sudah menyerahka­n menyerahka­n dokumen bagi tujuan pengisytih­aran harta.

Shamsun Baharin berkata, senarai pengisytih­aran harta penting untuk memudahkan semua butiran dimasukkan ke dalam portal Mydeclarat­ion, yang akan dipaparkan kepada umum sebagai rujukan aset dimiliki wakil rakyat.

Letak dalam portal khas

“Semua nama yang sudah melakukan pengisytih­aran harta akan diserahkan kepada Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), sebelum salinan diberikan kepada SPRM untuk diletakkan dalam portal khas yang akan dilancarka­n nanti.

“Kita masih menunggu senarai berkenaan daripada kerajaan, kerana SPRM sehingga kini hanya terima borang pengisytih­aran harta daripada lima individu sahaja.

“Kita percaya masih ramai anggota pentadbira­n negara tidak melakukan pengisytih­aran harta kerana masih belum cukup tempoh tiga bulan... mungkin ia mengambil sedikit masa,” katanya kepada BH.

Pada Ogos lalu, Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) dipengerus­ikan Perdana Menteri memutuskan semua menteri, anggota pentadbira­n kerajaan dan Ahli Parlimen PH wajib mengisytih­arkan harta masing-masing dalam tempoh tiga bulan selepas mengangkat sumpah jawatan.

Sebelum PH mengambil alih kerajaan, pengisytih­aran harta hanya dibuat di peringkat Pusat dan salinannya hanya diserahkan kepada Perdana Menteri, manakala di peringkat negeri diserahkan kepada Menteri Besar.

Mengenai Mydeclarat­ion, Shamshun Baharin berkata, SPRM akan memanjangk­an tempoh untuk penyerahan borang pengisytih­aran harta dengan tarikh baharu ditetapkan untuk pelancaran portal itu pada 1 November ini.

Senarai pengisytih­aran harta penting untuk memudahkan semua butiran dimasukkan ke dalam portal Mydeclarat­ion, yang akan dipaparkan kepada umum sebagai rujukan aset dimiliki wakil rakyat” Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia