Berita Harian

ZAHID DIPANGGIL SPRM, MINTA PENYOKONG TAK BERHIMPUN

Bekas TPM janji beri kerjasama penuh

- Oleh Fahmy Azril Rosli

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dipanggil kali ketiga bagi memberi keterangan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya esok.

Ahmad Zahid berkata, beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan hadir di SPRM esok jam 10 pagi bagi memberi keterangan selepas menerima notis daripada suruhanjay­a itu.

“Saya hanya akan memberi keterangan. Kerjasama akan saya berikan sepenuhnya kepada pihak SPRM,” katanya dalam status yang dimuat naik di Twitternya, semalam.

Pada masa sama, Ahmad Zahid juga meminta penyokongn­ya tidak mengadakan sebarang perhimpuna­n di sekitar ibu pejabat SPRM ketika beliau memberikan keterangan.

Sumber berkata, Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewen­gan di sebuah yayasan.

Ajak solidariti

Sebelum itu, Pengerusi Sekretaria­t Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam, dalam satu mesej media sosial mengajak penyokong Ahmad Zahid berkumpul dekat SPRM sebagai tanda solidariti.

Berikutan permintaan Ahmad Zahid itu, Lokman kemudian membatalka­n perhimpuna­n itu.

Ahmad Zahid kali pertama dipanggil SPRM pada 2 Julai lalu bagi membantu siasatan kes dana dalam yayasan milik keluarga beliau.

Keesokan harinya iaitu pada 3 Julai, Ahmad Zahid dipanggil semula ke SPRM bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan penyelewen­gan dana Yayasan Akal Budi.

Difahamkan, bekas menteri kanan itu dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyelewen­gan dana yayasan itu hampir RM900,000.

 ??  ??
 ??  ?? Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia