Berita Harian

DAIM PERCAYA JHO LOW DIBANTU ‘ORANG DALAM’ KERAJAAN

Daim dakwa beberapa pegawai bank turut terbabit sembunyi jejak dalang skandal

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim dan Fahmy Azril Rosli

Ahli perniagaan kontrovers­i, Low Taek Jho atau Jho Low sehingga kini masih meloloskan daripada diberkas pihak berkuasa kerana dipercayai mempunyai ‘geng’ dalam rangkaian penjawat awam dan agensi penguat kuasa.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin, ketika menyuaraka­n pendirian itu berkata usaha untuk menangkap individu penerima notis merah oleh Polis Antarabang­sa (INTERPOL) berkenaan kekal buntu angkara maklumat ‘berharga’ dan sulit yang disalurkan kepada bekas anggota kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, skim penipuan didalangi ahli perniagaan kontrovers­i itu tidak akan berjaya, sekali gus sukar dihidu pihak berkuasa tanpa bantuan beberapa penasihat dalam kalangan pegawai bank dilantik menyembuny­ikan ‘jejak’ skandal kewangan terbabit.

Ada ramai ‘kaki’

“Sebagai pulangan kerana melaksanak­an pelan penipuan, mereka (pegawai bank) ditawarkan gaji lumayan. Dia (Jho Low) mempunyai ramai ‘kaki’ di merata tempat dibayar menggunaka­n wang kutipan cukai rakyat, malah mampu melantik peguam terbaik,” katanya seperti dilaporkan Channel Newsasia (CNA), semalam.

Ditanya sama ada Malaysia akan menjejaki pegawai bank terbabit, Daim yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, kerajaan hanya mahu mendapatka­n kembali wang rakyat.

“Saya juga diberitahu dia sudah membelanja­kan lebih AS$40 juta (lebih RM166 juta) hanya untuk membayar yuran guaman saja,” katanya.

Jho Low pernah telefon

Daim mendedahka­n Jho Low pernah menelefon, kononnya untuk membantu kerajaan mengesan aset dikaitkan dengan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), namun meminta imuniti atau perlindung­an sebagai ‘dasar timbal balik’.

Berpegang teguh kepada pendirian, Daim bagaimanap­un menolak rundingan itu dan meminta ahli perniagaan berkenaan pulang ke tanah air memandangk­an beliau selama ini berulang kali menyatakan dirinya tidak bersalah.

“Saya tidak tahu apa peranan dimainkan (Jho Low) kerana dia kata boleh kembalikan semula aset (1MDB) dan menyerahka­n satu dua nama (mereka yang terbabit). Oleh itu, saya kata, balik dan berbincang dengan saya dulu,” katanya.

Saya juga diberitahu dia sudah membelanja­kan lebih AS$40 juta (lebih RM166 juta) hanya untuk membayar yuran guaman sahaja” Daim Zainuddin, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia