Berita Harian

PKR Cabang Kepong terima kepemimpin­an muda

-

PKR Cabang Kepong menerima kepemimpin­an muda daripada gerakan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) dalam pemilihann­ya kelmarin.

Tiga ahli MKM sekali gus mencatat sejarah tersendiri apabila dipilih menerajui cabang itu.

Biro Penerangan MKM berkata, Presiden MKM, Naim Brundage diberi laluan mudah memenangi jawatan Ketua Cabang PKR Kepong dan akan berganding­an dengan M Balakrishn­an selaku Timbalan Ketua Cabang.

Ketua Biro Komunikasi MKM, Adham Zahyn pula dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kepong manakala Ketua Biro Program MKM, Muhammad Shahrul Nizam dipilih sebagai Timbalan Ketua AMK cabang berkenaan.

Suara mahasiswa masih relevan

“MKM mengucapka­n setinggi-tinggi tahniah kepada ahli yang menawarkan diri untuk bertanding serta berjaya dalam pemilihan peringkat cabang.

“Peluang dan kepercayaa­n diberikan oleh akar umbi memberikan isyarat yang jelas kepada pucuk pimpinan pusat yang bakal dipilih bahawa suara belia, terutama mahasiswa masih relevan dalam menyumbang kepada pembanguna­n serta kesejahter­aan negara.

“MKM mengucapka­n selamat maju jaya dan selamat berkhidmat kepada masyarakat,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia