Berita Harian

Ungkapan BN tiada sumbangan ibarat ‘senjata makan tuan’

-

Kuala Lumpur: Ungkapan bahawa pemerintah­an Barisan Nasional (BN) selama 61 tahun tidak memberi sebarang sumbangan ibarat ‘senjata makan tuan’.

Datuk Seri Shahidan Kassim (BN UMNOArau), mendakwa majoriti ucapan Ahli Parlimen dari blok kerajaan sejak kebelakang­an ini lazim mengambil pendekatan ‘pukul rata’.

Sehubungan itu, katanya, ia ibarat penghinaan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini pernah menjadi sebahagian daripada pucuk pimpinan tertinggi sepanjang 61 tahun tampuk pemerintah­an diterajui BN.

Shahidan berkata, sikap sedemikian tidak seharusnya terus dijadikan sandaran untuk mentadbir Malaysia, pasca kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“YB (Yang Berhormat) Langkawi (Dr Mahathir) jadi Timbalan Perdana Menteri sejak 1978, kemudian diangkat sebagai Perdana Menteri dan diberi amanah untuk tadbir negara selama 22 tahun, justeru campur semuanya hampir 26 tahun beliau dalam kerajaan.

“YB Port Dickson (Anwar) pun pernah jadi Timbalan Perdana Menteri dan jadi ‘orang kuat’ kerajaan yang membawa suara Malaysia di pentas dunia.

Ibarat hina PM, YB Port Dickson

“Oleh itu, kalau kata 61 tak guna, kita ibarat menghina PM (Perdana Menteri) dan YB Port Dickson. Nasihat saya, jangan sebut lagilah, sudah menang, ambil dan perintah, buat yang terbaik.

“Bukan macam Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) yang tiap kali jawab (soalan) akan bantai pentadbira­n terdahulu, kata kerajaan rasuah. Saya tahulah, dia lepas kes mahkamah.

“Tengah perbicaraa­n kes mahkamah, boleh pula lepas, kira hebatlah,” katanya ketika membahaska­n usul dikemukaka­n Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, di Dewan Rakyat semalam, mengenai persetujua­n terhadap hala tuju dasar luar Malaysia baharu seperti dinyatakan Dr Mahathir sempena Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) yang ke-71 (UNGA).

Usul itu antara lain ingin memutuskan supaya ucapan Dr Mahathir yang mengundang perhatian masyarakat dunia berkenaan dijadikan sebagai kerangka asas dasar luar Malaysia baharu.

Terkesan dengan ‘nasihat’ itu, P Kasthurira­ani (PH DAP-BATU Kawan) bangkit membela diri bahawa perbanding­an ketara yang dijadikan sandaran ketika ini lebih memfokuska­n kepada corak pemerintah­an kleptokras­i didalangi Datuk Seri Najib Razak (BH UMNO-PEKAN) selama sembilan tahun, sejak April 2009 hingga Mei 2018.

“Kita cuba tonjolkan perbezaan, iaitu khas untuk kerajaan pimpinan YB Pekan dalam tempoh sembilan tahun sebagai kerajaan kleptokras­i,” katanya mengundang sorakan dan celahan beberapa ahli dewan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia