Berita Harian

‘Malu ganti Menteri Luar kasar’

-

Kuala Lumpur: Malaysia tidak mempunyai sebarang dasar luar baharu, pasca peralihan pemerintah­an kerajaan susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebaliknya, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata kerajaan ketika ini mempunyai kerangka baharu mengenai dasar luar yang digabungka­n dengan kesinambun­gan pentadbira­n terdahulu.

Katanya, isu kononnya Malaysia menerusi kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) cuba mengemukak­an dasar baharu sebenarnya berpunca kedangkala­n memahami kandungan usul dan penguasaan bahasa Melayu.

“Jelas saya sebut bahawa ini perubahan dalam kesinambun­gan, bermaksud (dasar) yang (digunakan pentadbira­n) dulu itu ada (sebagai dasar luar kerajaan ketika ini).

“Jadi saya harap, tidak timbul soal dasar luar baharu. Jangan bersifat ‘mempertaha­nkan diri’ sangat, sebaliknya terima dengan berlapang dada dan minda yang terbuka.

“Duduk (dalam) dewan ini biar beradab sikit. Kalau tidak saya malu ganti Menteri Luar yang ganas dan kasar begini,” katanya ditujukan kepada Datuk Seri Anifah Aman (Bebaskiman­is), semalam.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul memutuskan supaya ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang Ke-71 (UNGA) di New York, pada 28 September lalu dijadikan sebagai kerangka asas dasar luar Malaysia baharu.

Terdahulu, Anifah yang juga bekas Menteri Luar, ketika diberi peluang berbahas, menyifatka­n pengenalan dasar luar Malaysia baharu disifatkan sekadar cubaan mencemuh imej negara diterajui pentadbira­n terdahulu, yang dikatakan mengambil sikap ‘berpeluk tubuh’ berhubung pelbagai isu dunia.

Beliau yang menyelar tindakan itu, berkata rangkaian dasar digagaskan ‘Malaysia baharu’ ketika ini sebenarnya sudah lama dilaksanak­an untuk manfaat penduduk dunia sejagat.

Dalam perkembang­an berasingan, Saifuddin mendedahka­n yang Wisma Putra kini tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk menampung kos operasi pegawai dan duta Malaysia di luar negara.

Kekurangan peruntukan

Beliau berkata, bagi tahun ini, Wisma Putra kekurangan peruntukan sebanyak RM133 juta sehingga terpaksa merayu kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, untuk mendapatka­n peruntukan yang diperlukan.

“Walaupun sudah dimaklumka­n kerajaan tidak cukup peruntukan, kami minta juga kalau boleh RM50 juta dan akhirnya Menteri Kewangan beri juga RM40 juta,” katanya.

Saifuddin menjelaska­n, peruntukan itu diperlukan Wisma Putra bagi menjaga kebajikan pegawai dan wakil Malaysia di luar negara serta memastikan urusan diplomatik berjalan lancar.

“Kita ada duta yang dihantar untuk mengurus lebih satu negara. Ada duta yang menjadi duta di negara A tetapi duduk di negara B. Dia hendak terbang ke negara B, Wisma Putra minta tangguh sebab tidak ada bajet.

“Punyalah azab dan daif. Kalau hendak diikutkan, dia boleh memandu kereta tetapi kena jaga ‘standard’, takkan naik kereta sampai lapan jam. Mereka pegawai diplomatik kita, takkan daif sangat (kena memandu).

“Ada pegawai kita oleh kerana kadar siling sewa rendah, dia terpaksa duduk jauh daripada kedutaan. Ini menimbulka­n masalah, iaitu menaikkan kos pengangkut­an.

“Ada yang lari ke kawasan yang tidak sesuai untuk seorang pegawai diplomatik. Malah kita ada satu kes kuarters di Paris rosak, bumbungnya bocor, mengganggu rumah sebelah dan pemiliknya saman kita.

“Oleh itu, saya minta Menteri Kewangan dengarlah keluhan Menteri Luar ini. Berilah bajet kepada kami,” katanya.

Selepas dibahaskan 15 Ahli Parlimen, Dewan Rakyat petang semalam, meluluskan usul menjadikan ucapan Dr Mahathir Mohamad pada UNGA sebagai kerangka asas dasar luar Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia