Pertandingan 3 penjuru Presiden MCA
Tiong Lai sahkan tidak pertahan jawatan
Pemilihan jawatan Presiden MCA pada 4 November ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Ketiga-tiga calon berkenaan adalah Pengerusi MCA Kluang, Gan Ping Sieu; Timbalan Presiden, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi MCA Beruas, Ngoo Teck Kiong.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan tidak akan akan mempertahankan jawatan beliau pada pemilihan parti kali ini.
Bagi jawatan timbalan presiden pula, Timbalan Pengerusi MCA Johor, Datuk Tee Siew Kiong bakal bertemu Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.
Sementara itu, sebanyak sembilan calon akan mencuba nasib bagi jawatan naib presiden, iaitu Datuk Tan Teik Cheng, Datuk Seri Ti Lian Ker, Ooi Siew Kim, Ei Kim Hock, Lau Lee, Lim Chin Fui, Yew Teong Look, Tan Seong Lim dan Lim Ban Hong.
Pertandingan Ketua Sayap Muda
Jawatan Ketua Sayap Muda MCA pula akan menyaksikan pertandingan dua calon iaitu Naib Ketua Sayap Muda, Nicole Wong Siaw Ting dan Ketua Biro Undang-undang Sayap Muda, Ng Kian Nam.
Jawatan Timbalan Presiden Sayap Muda pula menyaksikan dua calon antara Tan Chee Hiong dan Kang Choo Nge.
Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie pula menang tanpa bertanding semalam.
Turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan Ketua Wanita, Wong You Fong.
Empat calon bakal bertanding bagi jawatan Naib Ketua Wanita iaitu Wang Kim Lean; Nget Yoon Chiew; Chiew Hong Lan dan Pamela Yong.
Semua calon bagi jawatan berkenaan hadir pada majlis penamaan calon MCA yang berakhir pada jam 5 petang semalam di Wisma MCA.