Berita Harian

Hasil susah, senang sentiasa bersama

-

Putrajaya: Dari bangku sekolah hingga menara gading, pasangan kembar - Amalina Hidayah Mat Nuddin dan Amalina Hidayati sentiasa bersama dalam satu kelas serta melanjutka­n pengajian bidang sama di universiti.

Lebih manis, kembar berusia 24 tahun itu sama-sama menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Industri Lojistik pada Majlis Konvokesye­n Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Ke-15 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Anak pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu menerima ijazah masing-masing yang disampaika­n Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Bercakap kepada media, Amalina Hidayah berkata, hubungan mereka sangat rapat, malah bukan saja rakan, guru dan pensyarah, ibu bapa juga pernah terkeliru kerana tidak dapat membezakan kedua-duanya sewaktu kecil dahulu.

Tak pernah berpisah

“Kami dilahirkan berbeza dua minit dan sepanjang di sekolah hinggalah masuk ke universiti, kami rapat dan sentiasa bersama selain berada dalam kelas yang sama.

“Boleh dikatakan 97 peratus daripada tugasan pensyarah di universiti, kami berada dalam kumpulan sama. Kelebihan belajar di satu universiti ialah sebarang masalah dihadapi, kami akan berkongsi bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Amalina Hidayati berkata, mereka juga sentiasa bersama dalam sebarang aktiviti universiti, namun selepas tamat pengajian, mereka terpisah tempat kerja.

“Kami tetap bersama bekerja di Johor. Saya di Permas Jaya manakala Amalina Hidayah di Tanjung Langsat dan kami tetap tinggal bersama,” katanya.

Sementara itu, penerima Anugerah Presiden, Muhammad Aqil Mohammad Hanafi, 24, graduan jurusan Teknologi Kejurutera­an Mekatronik mempunyai abang dan adik yang turut menerima ijazah sarjana muda dan diploma pada majlis konvokesye­n itu.

Abangnya, Muhammad Asyraf, 26, menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejurutera­an (Kepujian) Seni Bina dan Pembinaan Kapal pada sesi Sabtu lalu, manakala adiknya, Muhammad Aiman, 21, menerima Diploma Teknologi Maklumat, pada sesi semalam.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] ?? Amalina Hidayah (kanan) bersama Amalina Hidayati pada Majlis Konvokesye­n UNIKL Ke15 di PICC, Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] Amalina Hidayah (kanan) bersama Amalina Hidayati pada Majlis Konvokesye­n UNIKL Ke15 di PICC, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia