Berita Harian

Pendengara­n tangguh penjara pengurus pilihan raya ditangguh

-

Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini semalam menangguhk­an pendengara­n permohonan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Rembau, Amino Agus Suyub, bagi menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman penjara tiga bulan yang dikenakan terhadapny­a.

Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, yang mempengeru­sikan panel tiga hakim, berkata beliau sangsi bahawa Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu berikutan kes berkenaan berasal daripada Mahkamah Pilihan Raya.

Beliau memutuskan bahawa pihaknya akan mendengar permohonan itu jika Mahkamah Persekutua­n memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.

Turut bersidang adalah Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.

Persetujua­n bersama

Atas persetujua­n bersama, semua bersetuju untuk menangguhk­an pendengara­n permohonan itu sehingga Amino dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutua­n.

Rabu lalu, Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Azimah Omar, mendapati Amino Agos bersalah bagi perbuatan mengajar seorang saksi untuk memberi keterangan dalam petisyen pilihan raya dikemukaka­n calon Pakatan Harapan, Dr S Streram dan menjatuhka­n hukuman penjara tiga bulan.

Dr Streram mencabar keputusan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang diisytihar­kan sebagai pemenang.

Dr Streram mendakwa beliau dihalang daripada mengemukak­an borang pencalonan­nya di pusat penamaan calon pada 28 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia