Berita Harian

Tanam kesedaran usaha daulat bahasa Melayu

-

Kuala Lumpur: Usaha ke arah mendaulatk­an Bahasa Kebangsaan boleh dilakukan dengan mula menanam kesedaran terhadap diri sendiri mengenai pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang baik.

Pengarah Jabatan Pengembang­an Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Padilah Ali, berkata meskipun memerlukan kerjasama bersepadu semua pihak, usaha mendaulatk­an itu tidak semestinya tidak boleh dilaksanak­an bermula dengan diri sendiri.

“Usaha ke arah mendaulatk­an Bahasa Kebangsaan bukan hanya boleh dilakukan melalui wacana bahasa Melayu, bahkan dizahirkan melalui penulisan dengan bahasa kebangsaan yang baik serta memiliki nilai estetika.

“Berusaha melahirkan pemikiran atau pandangan serta pemberonta­kan dalam diri dengan menggunaka­n Bahasa Kebangsaan yang bukan hanya berseni, tetapi bermutu tinggi,” katanya pada Malam Baca Puisi PENA di Rumah PENA di sini.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad; Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron serta Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Zurinah Hassan.

Bertema ‘Buktikan Taat Setia Dengan Satu Bahasa’, acara baca puisi yang sudah menjadi tradisi PENA itu turut diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan yang dijenamaka­n sebagai Dekad Bahasa Kebangsaan.

Membaca satu budaya hidup

Padilah berkata, pelaksanaa­n Malam Baca Puisi PENA-ITBM-DBP dapat memastikan bahasa Melayu diletakkan di tempat sepatutnya, di samping mendaulatk­annya melalui penyampaia­n pemikiran oleh penyair.

“DBP juga mengadakan pelbagai acara di seluruh negara bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan dan kami berharap usaha ini dapat menjadikan membaca sebagai satu budaya hidup seperti mana kita perlu makan dan minum setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Saleeh berkata, tradisi Malam Baca Puisi PENA-ITBM-DBP diteruskan dengan semangat yang tidak pernah padam bagi memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa menyatu masyarakat pelbagai bangsa.

“Kami berhasrat melihat seluruh masyarakat di negara ini menyedari yang kita sama-sama memiliki satu bahasa yang perlu terus dipertahan­kan.

“Justeru, di sini letaknya peranan anda generasi pelajar yang akan menerajui negara,” katanya merujuk kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang turut hadir pada malam itu.

Acara itu turut diserikan dengan bacaan puisi antaranya oleh Mohd Khair, Zurinah, Aya Rohaya, Pyanhabib, Lin Haslinaz, Dr Ahmad Razali serta Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaa­n (SDPK) ke-32, Siti Nur Zafran Zainal Abidin.

 ?? [FOTO OWEE AH CHUN/BH ?? . Padilah pada Malam Baca Puisi PENA di Rumah PENA, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO OWEE AH CHUN/BH . Padilah pada Malam Baca Puisi PENA di Rumah PENA, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia