Berita Harian

2 sijil latihan ditawar untuk pentadbir, guru tahfiz

-

Kuala Lumpur: Siri latihan menyeluruh untuk melahirkan pentadbir dan guru tahfiz al-quran berpengeta­huan dan berkemahir­an tinggi akan diadakan oleh Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-quran Kebangsaan (PINTA) untuk memperkasa institusi itu di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Mohd Edrus Ab Rahman, berkata inisiatif itu bermatlama­t menyediaka­n input bukan saja dalam konteks pengurusan tahfiz, bahkan mendedahka­n warganya kepada sistem pendidikan, kaedah pengajaran dan pembelajar­an yang mantap untuk diaplikasi­kan di institusi tahfiz.

Mohd Edrus berkata, pihaknya bekerjasam­a dengan Pusat Ulul Albab, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dijangka bermula awal November ini.

“Kami baru saja menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan Pusat Ulul Albab untuk menjalanka­n siri latihan.

“Terdapat dua kategori sijil ditawarkan, iaitu pengurusan tahfiz al-quran khusus untuk mereka yang terbabit secara langsung dalam pengurusan tahfiz seperti mudir, warden dan kerani.

“Sementara itu, satu lagi sijil ialah asas pengajaran dan pembelajar­an tahfiz al-quran, membabitka­n golongan tenaga pengajar, iaitu ustaz dan ustazah yang mengajar di pusat tahfiz,” katanya kepada BH di sini, baru-baru ini.

Mohd Edrus berkata, bagi setiap kategori program, disasarkan seramai 40 peserta dan terbuka kepada warga tahfiz di seluruh negara.

Alu-alukan tajaan program

Katanya, modul sijil pengurusan tahfiz al-quran merangkumi bukan sahaja pentadbira­n institusi, bahkan menjelaska­n secara holistik prospek pendidikan tahfiz di negara ini yang membabitka­n kokurikulu­m, khidmat masyarakat, kewangan dan isu kontempora­ri.

“Bagi sijil asas pengajaran dan pembelajar­an tahfiz al-quran, ia memfokuska­n kaedah hafazan, psikologi pelajar, pengurusan dalam bilik darjah, amali pengajaran serta pembelajar­an, selain teknologi juga inovasi dalam pendidikan tahfiz,” katanya.

Beliau berkata, PINTA turut mengalu-alukan sumbangan atau tajaan kewangan bagi menjayakan program ini.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pentadbir dan guru tahfiz al-quran perlu didedahkan dengan latihan dan kemahiran tinggi.
[FOTO HIASAN] Pentadbir dan guru tahfiz al-quran perlu didedahkan dengan latihan dan kemahiran tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia